Lingswaran Singh seorang peguamcara dan peguambela. Lebih
dikenali dengan timangan Lings, beliau mengamalkan penulisan ras undang-undang
sebagai mata pencarian profesional. Namun demikian, Lings juga percaya bahawa
penulisan atau olahan kata-kata adalah antara zat-zat kebenaran mutlak yang
kerap dientengkan.
10 Oktober 2016, seusia 25 tahun Lings menyedari bahawa realiti dibina atas konotasi makna, dan bahasa adalah pengaturcaraan untuk mengamati hakikat. Lings cenderung menulis perkara-perkara yang mengganggu jiwa, menuntut kejujuran mutlak dan sering mencabar kebenaran.
Lings juga menulis bersama sekutu-sekutunya secara gerila sebagai Group Diskopi. Ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan perbincangan kritikal tersebut kemudian menjadi wadah untuk mengasah dan melatih kepetahan mengolah aksara menjadi makna, makna menjadi senjata, dan senjata menjadi kitab.
Lings turut mengambil
sedikit bangga kerana pengalaman berkhidmat sebagai setiausaha kepada Professor Dr Syed Husin Ali mengajarnya
menyusun kata-kata menekuni adab budaya akademik selain cara membangunkan
ucapan untuk memperkasakan masyarakat dan berbudi sesama insan. [Lihat juga — Biodata Sasterawan
Kavyan]