.
Saudara Uthaya Sankar SB, 
.
Saya adalah pembaca, dan sekali gus peminat dan peneliti karya sastera Malaysia Malaysia 
.
Di bawah ini saya kemukakan beberapa soalan dan berharap saudara sudikan menjawabnya. Jawapan saudara nescaya akan membantu penyelidikan saya nanti. Kerjasama saudara didahului dengan ribuan terima kasih. 
..
1. Apakah pandangan saudara tentang penglibatan dan pencapaian penulis kaum India  dalam arena kesusasteraan Bahasa Malaysia 
.
Sejarah membuktikan bahawa penulis kaum India  telah memainkan peranan amat penting dalam sastera Bahasa Malaysia 
.
Pada tahun 1970-an, penglibatan golongan ini semakin menyerlah – antara lain kerana pengenalan istilah “Bahasa Malaysia India  menterjemah karya Bahasa Malaysia Malaysia 
.
Pada tahun 1980-an dan 1990-an pula muncul kelompok penulis kaum India  yang lebih menyerlah dan mampu pula menghasilkan karya asli Bahasa Malaysia 
.
Secara keseluruhan, penulis kaum India  melengkapkan arena sastera Bahasa Malaysia  kerana mampu menggambarkan citra budaya dan pemikiran kaum India 
.
2. Bagaimana tanggapan penulis kaum Melayu terhadap penglibatan dan pencapaian saudara selama ini? 
.
Saya rasa soalan ini harus ditanya kepada penulis kaum Melayu! Kalau ditanya pada saya, mungkin jawapan saya tidak mewakili apa tanggapan penulis kaum Melayu terhadap saya. Ringkasnya: ada yang bangga dan turut memberi sokongan; dan ada yang mengiri – secara langsung atau secara terselindung. Tapi, lebih baik tanya terus pada mereka ... 
.
3. Sebagai seorang penulis kaum India, berketurunan Malayalam yang menulis dalam Bahasa Malaysia, adakah saudara menghadapi apa-apa dilemma? 
.
Tidak ... kerana saya menganggap Bahasa Malaysia  sebagai milik dan hak setiap warga Malaysia cuba Malaysia 
.
4. Bagaimana saudara menanggapi konsep Kesusasteraan Kebangsaan? 
.
Bagi saya secara peribadi, setiap karya sastera yang dihasilkan oleh warga Malaysia Malaysia  yang dihasilkan oleh mana-mana warga Malaysia 
.
5. Pada pendapat saudara, apakah peranan Sastera Tamil Malaysia 
.
Saya percaya jawapan pada soalan 4 mencakupi juga soalan ini. Sastera Bahasa Tamil mensasarkan kepada khalayak yang boleh membaca dan menulis Bahasa Tamil. Misalnya, jika saya menulis karya Bahasa Tamil, karya saya adalah “Sastera Tamil Malaysia”. Karya Bahasa Malaysia  pula “Sastera Bahasa Malaysia 
.
Peranan Sastera Bahasa Tamil sama sahaja seperti peranan Sastera Bahasa Malaysia India Malaysia 
.
“Kejahilan” seumpama ini – mujurlah – berjaya dijernihkan golongan penulis “Bukan Melayu” (demikian label yang diberi) yang menulis karya Bahasa Malaysia 
.
Bagi Sastera Tamil Malaysia, tempatnya tetap ada dalam Sastera Kebangsaan. Tetapi, sebagaimana sebuah parti politik bagi kaum India di Malaysia, kehadirannya lebih seperti melukut di tepi gantang; menumpang. Lebih banyak riuh dan sorak apabila berada dalam kelompok sendiri – yakni, kelompok Sastera Bahasa Tamil Malaysia. Sebaliknya apabila dilihat secara luas dalam konsep “Sastera Kebangsaan” atau “Sastera Malaysia India 
.
Tapi, mungkin perubahan akan berlaku pada masa akan datang ... mungkin ... [Baca tentang sastera Bahasa Tamil DI SINI]
.
6. Sejak dua tahun kebelakangan, saudara didapati kurang menyiarkan karya di mana-mana terbitan. Apakah sebabnya? 
.
Benar. Kali terakhir cerpen Bahasa Malaysia  saya tersiar di media massa 
.
Pada tahun 1999, sdr Azmi Ibrahim dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan hak saya menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk pada “bahasa kebangsaan Malaysia” dalam antologi cerpen penulis kaum India. Secara tidak langsung, DBP turut menafikan kewujudan istilah “Bahasa Malaysia 
.
Sejak itulah saya memutuskan untuk tidak “melacurkan” karya saya dengan mengirimnya ke mana-mana penerbitan yang menafikan kewujudan istilah “Bahasa Malaysia 
.
Tulisan saya tetap tersiar di akhbar New Straits Times kerana akhbar Bahasa Inggeris berkenaan sedar dan mengakui kewujudan istilah “Bahasa Malaysia 
.
Sejak 2001, saya menerbitkan sendiri karya-karya saya. Sila rujuk BIODATA. 
.
Dan saya meneruskan perjuangan menggunakan istilah “Bahasa Malaysia 
.
7. Pengarang manakah yang banyak mempengaruhi saudara dalam penulisan? 
.
R. K. Narayan. Hingga kini, apabila saya membaca semula karya saya, saya sendiri dapati pengaruh penulis berkenaan.
.
Dari segi motivasi pula, Dr Othman Puteh (Allahyarham) merupakan penulis yang amat saya kenang jasa beliau. Ada 
.
8. Apakah rancangan saudara pada masa depan? 
.
Dalam penulisan sastera? Meneruskan perjuangan saya berhubung hak menggunakan istilah “Bahasa Malaysia 
.
Saya juga akan meneruskan aktiviti menerbitkan sendiri karya saya serta karya penulis lain; khususnya penulis kaum India 
.
Satu lagi aktiviti adalah mengendalikan Bengkel Penulisan Cerpen bagi membimbing bakat muda.
.
Selain itu, meneruskan tugas saya sebagai pensyarah di beberapa kolej swasta, mengendalikan laman web, memperuntukkan masa bersama keluarga dan seumpamanya.
.
Dan ... akan tiba masa apabila mana-mana pihak yang menafikan kewujudan istilah “Bahasa Malaysia ” serta cuba 
.
9. Sastera Tamil Malaysia 
.
Pada pandangan saya, bukan semata-mata kerana media pengucapan yang berlainan tetapi lebih kerana kandungan karya. Sastera Mahua lebih berjaya berbanding Sastera Tamil dalam hal ini. Persatuan bagi penulis Mahua amat aktif dan mampu menterjemah karya Mahua ke Bahasa Malaysia 
.
Bagi Sastera Tamil pula, seperti yang saya katakan tadi, masih seperti katak di bawah tempurung dan masih syok sendiri. Kalau diterjemahkan sekali pun, perlu melalui peringkat saringan yang banyak untuk memilih cerpen/karya yang benar-benar bermutu dan tidak semata-mata memuji/memuja tokoh tertentu. Juga kerana masalah karya/isi/teknik yang konvensional dan klise. Mungkin “moden” bagi khalayak sastera Tamil tetapi klise bagi khalayak Sastera Bahasa Malaysia 
.
Persatuan Penulis Tamil pula tidak mampu menguruskan kerja-kerja menterjemah karya Bahasa Tamil ke Bahasa Malaysia 
.
10. Setujukah saudara konsep Kesusasteraan Kebangsaan harus juga merangkumi kesusasteraan pelbagai etnik dan bahasa, umpamanya kesusasteraan Tamil Malaysia  dikenali sebagai Kesusasteraan Kebangsaan Tamil Malaysia 
.
Setuju. Telah saya jelaskan tadi.