Santhiavathi Ramasamy lahir dan
membesar di Sungai Petani, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di SK
St.Theresa dan SMK Ibrahim, Sungai Petani serta Kolej Matrikulasi Kelantan,
sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi) di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Santhiavathi mempunyai minat membaca buku-buku
fiksyen selain mendalami ilmu sains geologi. Beliau aktif dalam badan
beruniform Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan memperoleh pangkat Leftenan
Muda sukarela dalam Pertahanan Awam Malaysia. Penggunaan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar dalam pengajian di UKM mendorong beliau meminati dan
mempunyai kesungguhan dalam penulisan karya. Dua artikel Santhiavathi sudah
tersiar di majalah Dewan Kosmik dan
beliau juga terlibat dalam Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat
juga — [Biodata Sasterawan
Kavyan]