Sunday, 28 October 2018

Biodata — Susila Ramasamy

Susila Ramasamy lahir di Kudat, Sabah serta mendapat pendidikan rendah dan menengah di Tuaran, Sabah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Yayasan Melaka bagi melengkapkan program ijazah pengurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, Susila menjadi pengurus di Pusat Pendidikan Inovatif, Teluk Intan, Perak. Beliau meluangkan masa lapang dengan membaca dan berkebun. Antara tulisan beliau boleh dibaca di sini — Kenali Kehebatan Rudraksha. [Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan]

Wednesday, 3 October 2018

Biodata — Anuradha Chelliah

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Sri Langat, Banting. Anuradha berminat membaca buku-buku bukan fiksyen dan yang mencabar minda. 

Beliau turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Karupaya (2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018), selain terlibat dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Hasil tulisan beliau turut tersiar di Eksentrika dan Dewan Budaya. Baca juga: “Pemakaian Sari dalam Kalangan Wanita Tamil” dan “Thali, Rantai Perkahwinan Wanita India” tulisan Anuradha.

Lihat juga -- Biodata Sasterawan Kavyan.


Sunday, 15 July 2018

Biodata Roshidayu Che Mat

Roshidayu Che Mat dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kamil dan SMV Tanah Merah sebelum meneruskan pengajian diploma di Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Kuantan. Roshidayu mula mengajar di SK Johan Setia sebelum berkahwin pada tahun 2003 dan menyambung pengajian TESL di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau turut mendapat diploma dan ijazah sarjana melalui Irfan Khairi Social Media University. Guru ini yang berpengalaman mengajar di beberapa sekolah, kini berkhidmat di SMK Seksyen 19, Shah Alam. Beliau sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), termasuk Kita dan Karya.

Biodata Zamri Mohd Daud


Zamri Mohd Daud dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan mendapat pendidikan awal SRK Sungei Way, SM Taman Datok Harun dan SM Seafield di tempat kelahiran. Beliau mempunyai Diploma Elektrik dan Elektronik, serta kini bekerja sebagai ketua pasukan (team leader) di Indah Water Konsortium (IWK). Zamri sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), termasuk Kita dan Karya.

Sunday, 24 June 2018

Biodata Balkish Alam

Balkish Alam lahir dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Bukit Kuda, SM Sultan Abdul Samad dan Sekolah Tinggi Klang sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Malaya dalam bidang antropologi dan sosiologi. Balkish kini menetap di Shah Alam dan bekerja dalam bidang perisian data dan komputer. Beliau suka membaca, mendaki gunung dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Kita dan Karya merupakan program yang dipilih untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman hidup dengan masyarakat.

Biodata Shahrul Irda

Shahrul Irda lahir dan membesar di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Sultanah Asma dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda dalam bidang sains statistik di Universiti Malaya, dan sarjana dalam bidang sains kuantitatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Shahrul kini menetap di Kota Kemuning, Shah Alam dan bekerja sebagai penganalisis data di sebuah syarikat swasta di Damansara. Beliau gemar mengisi masa lapang dengan membaca dan mengembara bagi melihat keindahan alam. Shahrul merupakan penyelaras program Kita dan Karya mulai Julai 2018.

Tuesday, 19 June 2018

Biodata AJK Pelaksana Projek Komuniti Kavyan


Semasa Kem Kepimpinan Projek Komuniti Kavyan (10 Jun 2018), para peserta dibimbing menulis biodata ringkas sebagai sebahagian latihan “Membina Identiti Pemimpin Komuniti”.

Berikut contoh biodata beberapa Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat dalam merancang dan menjayakan program mingguan dan program bulanan di bawah Projek Komuniti Kavyan.

M. Vanitha Murugan lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKT Ladang Selinsing, Kampung Dew dan SMK Mudzaffar Shah, Semanggol. Vanitha kini tinggal di Aulong Lama, Taiping dan bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Taiping KPJ. Aktiviti masa lapangnya termasuk mendengar radio. Beliau merupakan AJK Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama sejak 2015, dan Timbalan Pengerusi Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang sejak 2017. Beliau juga terlibat sebagai Penyelaras Projek Komuniti Kavyan sejak Jun 2016.

Mariamah @ Shanti P. Kumarasamy lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK Convent Kota dan SMJK Convent Kota, Taiping sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Kejururawatan Puteri, Kuala Lumpur. Mariamah kini tinggal di Aulong Lama, Taiping dan bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Taiping KPJ. Aktiviti masa lapangnya termasuk mendengar radio dan membaca buku cerita. Beliau merupakan AJK Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama sejak 2015, dan Bendahari Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang sejak 2017. Beliau juga terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak Jun 2016.

Christiana Francis lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKT St Theresa’s Convent dan SM Darul Ridwan, Taiping. Aktiviti masa lapang suri rumah ini adalah bermain badminton. Beliau kini tinggal di Aulong Lama, Taiping dan terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak 2017.

Jegavani Lengkan lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Convent Aulong dan SM Darul Ridwan, Taiping sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Rima, Pulau Pinang. Suri rumah ini gemar membaca novel dan kini tinggal di Aulong Lama, Taiping. Beliau merupakan Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak 2017 dan Penolong Setiausaha Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang sejak 2018.

N. A. Manivale K. Arumugam lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Convent Aulong dan SM Darul Ridwan, Taiping. Manivale yang gemar membela ikan dan ayam, kini tinggal di Aulong Lama, Taiping. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Kuil Sarva Sakti Aulong Lama sejak 2013, AJK Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama sejak 2015, dan Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak 2016.

Lihat jugaProjek Komuniti Kavyan.