3 Nov 2025

Catatan Tentang Kisah-kisah Panchatantra

Berikut saya mendokumentasi catatan sepanjang menguruskan projek menceritakan semula Panchatantra dalam Bahasa Malaysia. Catatan ini khusus berkaitan kisah-kisah dalam teks asal dan pengalaman saya menangani proses penceritaan semula.

Sebagaimana dilakukan dalam usaha menceritakan semula Thirukkural dan Megha Duta (2018), Ramayana dan Mahabharata (2019), Bhagavad Gita (2021), Khanda Puranam (2022), serta Katha Sarit Sagara (2023), saya membaca pelbagai teks dalam pelbagai versi dan bahasa.

Apa yang saya lakukan bukan terjemahan; sebaliknya penceritaan semula dengan gaya bahasa dan gaya penulisan tersendiri.

3 November 2025

Bahagian awal menceritakan bagaimana kisah dalam teks Panchatantra bermula. Saya memutuskan untuk tidak bercerita tentang sejarah, asal usul, dan pelbagai maklumat di sebalik kelahiran teks klasik ini. Mungkin akan dimasukkan sedikit pada bahagian “Prakata”. Orang ramai boleh membaca rencana “Panchatantra, Kisah Binatang Tentang Manusia” (Utusan Malaysia, 26 Jun 2021) yang dimasukkan dalam buku Suvarna Bhumi (2022).

Akan dikemas kini dari semasa ke semasa …