14 Apr 2010

Soroswati

..
kami juga ada di sini menyaksikan pemidato mengapi-apikan khalayak: “dialah puncanya. kami memang perancang ekonomi yang hebat. tapi dialah penyangak.” dan salah seorang daripada kami bertanya: “siapakah dia, pak?” katanya, “dialah puncanya. kami memang perancang ekonomi yang hebat. tapi dialah penyangak.” dan seorang daripada kami bertanya lagi, “apa yang dibuatnya, pak?” katanya, “dialah puncanya. kami memang perancang ekonomi yang hebat. tapi dialah penyangak.” tanpa sabar, seorang lagi berterus terang, “kami orang kampung, pak. siapa dia sebenarnya?” katanya, “dialah puncanya. kami memang perancang ekonomi yang hebat. tapi dialah penyangak.” benar, kami juga ada di sana menyaksikan pemidato mengapi-apikan khalayak: “dialah puncanya. kami memang perancang ekonomi yang hebat. tapi dialah penyangak.”
..
Jakarta, Oktober 1997
[Uthaya Sankar SB, Bahana (DBP Brunei) keluaran Mei-Jun 1999 dan SuaraAnum.com keluaran 15 April 2002. Lebih banyak sajak DI SINI]

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!