21 Oct 2013

Penulis Tamil - Balamurugan

K. Balamurugan  seorang guru yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau lahir pada 27 Jun 1982 dan berkhidmat sebagai guru sejak 2006. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Tamil serta seorang novelis yang dikenali di dalam dan luar negara. Pada awal kerjayanya, Balamurugan seorang penulis di akhbar dan majalah Tamil. Pada 2007, beliau mula mengambil bahagian dalam kesemua pertandingan menulis cerpen anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) serta mendapat pelbagai hadiah. Menerusi novel Nagarnthu Kondirukkum Vaasalgal (2011), Balamurugan menerima anugerah “Karikaar Cholan” daripada Universiti Tanjai, India serta Anugerah Bakat Muda Selangor (Novel) daripada Kerajaan Negeri Selangor. Beliau turut menerima Anugerah  Penulisan Kreatif (2009) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Anugerah Guru Inovatif (2012) daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Hasil karya Balamurugan termasuk Kadavul Alaiyum Nagaram (2008), Teernthu Pogaatha Venkaddigal (2012), Thevathaigalin Kaakitha Kappal (2012), Irulil Tholainthavargalin Turkanavugal (2013). – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.