24 Jun 2018

Biodata Balkish Alam

Balkish Alam lahir dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Bukit Kuda, SM Sultan Abdul Samad dan Sekolah Tinggi Klang sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Malaya dalam bidang antropologi dan sosiologi. Balkish kini menetap di Shah Alam dan bekerja dalam bidang perisian data dan komputer. Beliau suka membaca, mendaki gunung dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Kita dan Karya merupakan program yang dipilih untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman hidup dengan masyarakat.