Anuradha
Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau
mendapat pendidikan awal di SRK Methodist dan SMK Methodist, Telok Datok. Beliau
merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya
menyambung pelajaran dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha juga telah menamatkan
Diploma Eksekutif dalam Kaunseling di University Malaya Centre for Continuing
Education (UMCCEd) pada 2004. Kini, beliau mengajar
Bahasa Inggeris di SK Sri Langat, Banting, Selangor.
Anuradha
mula berkecimpung dalam penulisan sejak 2014. Beliau
terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Karya
beliau tersiar di The Star, The Malaysian Indian Anthology, Iris Magazine, Anak
Sastra, Eksentrika,
Dewan Budaya dan portal Sastera Kavyan.
Karya beliau juga termuat
dalam lima antologi Kavyan - Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri
(2022) dan Seruling
Malam (2024).
Cerpen beliau turut termuat
dalam Meredah Kabus (DBP, 2021), Serpihan Memorabilia 2020 - Suara (2021),
Patah Tumbuh (2021), Kisah Musim Wabak (2021), Anekdot Peribahasa Yang Tersurat
Yang Tersirat (2022), Anekdot Seindah Penantian Semanis Kelahiran (2022),
Serpihan Anekdot Siri 1 - Kasut (2022), Siri Warisan Budaya - Teluk Belanga dan
Periuk Belanga (2023), Antologi Coretan Kisah Hidup Sebenar Jejak Duniaku
(2023), Inspirasi Kisah-kisah Dongeng Dunia Kita (2024), Tantangan: Patah Sayap
Bertongkat Paruh (2024), Antologi Kerjaya Siri 2 (2024), Alkisah Aku dan Pena
(2024) dan Tekad Motivasi dan Sukan (2024).
Puisi beliau pula termuat
dalam Bianglala Terindah (2023), Tentang Trauma (2024) dan Citra Bahasa (2024).
Karya Bahasa
Inggeris beliau boleh dibaca di surat khabar The Star, Iris Magazine, Anak
Sastra, Shakti – The Epitome of Power dan ALS 2021: Anthology of Poems (2021), Ravishing
Rhapsodists (2022), ALS 2023 - An Anthgology of Poems and Short Stories (2023)
dan ALS NaPoWriMo 2025 A Bilingual Anthology of Poems and Short Stories (2025).
Beliau
menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang
Besar (2017), Karupaya (2018)
dan Thirukkural
dan Megha Duta (2018). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif
I (Disember 2018), II (Mac 2019), IV (Ogos 2019) dan Bengkel Penulisan Intensif di Putrajaya
(Jun, 2024). Beliau turut menyertai Projek Menulis Karya 200 Perkataan dan
karya-karya tersebut tersiar di portal Eksentrika.
Anuradha
juga merupakan seorang jurulatih yoga dan telah mendapat pengiktirafan daripada
Sakthi School of Yoga (SSOY) setelah menamatkan kursus jurulatih yoga selama
200 jam. Beliau juga mempunyai sijil kejurulatihan dalam pengendalian yoga
untuk ibu-ibu mengandung. Kini, Anuradha mengendalikan kelas yoga untuk dewasa
dan kanak-kanak. Beliau pernah menyertai Pertandingan Yoga Antarabangsa anjuran
SSOY pada tahun 2024.
(Bertarikh: 31
Disember 2025. Lihat juga—Biodata Sasterawan Kavyan)
