“Pada
mulanya saya rasa kurang yakin kerana bilangan penulis yang menyertai projek
ini sangat kurang. Kemudian, semasa sesi perbincangan pertama menerusi Google Meet (26 Februari 2022), Uthaya Sankar SB menjanjikan buku
ini pasti akan terbit tanpa mengira bilangan peserta. Saya pada mulanya bercadang
menghasilkan esei dan rencana, tetapi beralih kepada dua buah cerpen. Agak
mencabar bagi saya kerana panjang cerpen adalah dari 1,200 hingga 1,800 perkataan.
Namun, saya tetap gigih dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan manuskrip. Kedua-dua cerpen saya terinspirasi dengan
melihat situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang individu dalam
menangani kerjaya dan perwatakan yang berbeza. Segala perbincangan dibuat secara dalam talian.
Karya juga dibedah semasa sesi Google
Meet. Akhirnya, dua buah cerpen saya iaitu “Bukan Sekadar Teman” dan “Lakaran
Diri” terpilih untuk dimasukkan dalam antologi Lakaran Diri.” — Anuradha Chelliah
Anuradha Chelliah berasal dari Banting,
Selangor. Karya beliau termuat dalam antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara
(2020), dan Meredah Kabus (2021). Dapatkan biodata penuh Anuradha
dalam antologi Lakaran Diri (2022).