Nanthini a/p
Nadarajan lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil YMHA dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent di tempat kelahiran. Kini, Nanthini merupakan guru pelatih
di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) dan sedang mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan pengkhususan dalam Pendidikan Khas
Pemulihan. Beliau mempunyai minat membaca dan menulis cerpen sejak di bangku
sekolah. Nanthini melibatkan diri dalam pertandingan cerpen dan puisi Bahasa
Tamil. Beliau menghasilkan buku bergambar berjudul Kemanisan (2020). Penulisan
anekdot bertajuk “Bukan Setakat Impian” termuat dalam antologi Aksara Inspirasi II terbitan AID
Conference. Nanthini menyertai Resensi Buku Puisi 2020 peringkat ASEAN, Sayembara
Menulis Puisi Covid-19, dan Program Bacaan Puisi Hari Guru 2020 peringkat
ASEAN. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]