29 Mar 2010

Contoh Skrip Berita

Berikut dua versi satu bahan berita; versi asal Bernama dan versi Sinar Harian.
..

PELATIH PLKN DIBERI PELEPASAN LANJUT IPTA/IPTS

..

MACHANG, 29 Mac (Bernama) -- Seramai 42,000 pelatih yang baru menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Siri 2 2010 di 72 pusat seluruh negara akan diberi pelepasan untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), tahun ini.

..

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata mereka mestilah mengemukakan surat tawaran daripada IPTA dan IPTS terbabit di samping salinan yuran pendaftaran kepada pusat-pusat latihan yang disertainya.

...

"Bagaimanapun mereka akan dipanggil semula untuk menyambung latihan di PLKN selepas tamat pengajian," katanya kepada pemberita setelah upacara pelepasan 121 peserta yang akan mengikuti latihan di dua buah kem di Gua Musang dan Kuala Krai di sini, hari ini.

..

Abdul Hadi berkata bagi pelatih yang bercadang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), mereka tidak akan diberi pelepasan sebaliknya akan diminta menangguhkan sehingga tamat latihan.

..

Katanya pihaknya akan memohon kerjasama Kementerian Pelajaran bagi membenarkan pelajar terbabit menamatkan siri latihan itu.

..

Mengenai kemasukan pelatih PLKN ke kem latihan di seluruh negara mulai semalam, beliau berkata sehingga ini kemasukan mereka berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

.

Katanya JLKN menyediakan 1,079 buah bas, 49 penerbangan, 13 buah feri bagi mengangkut mereka ke pusat-pusat latihan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

..

..

H: Pelatih PLKN diberi pelepasan jika ke IPT

..

MACHANG - 42,000 pelatih yang baru menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2 2010 di 72 pusat seluruh negara akan diberi pelepasan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, tahun ini.

..

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelatih terbabit wajib mengemukakan surat tawaran IPTA atau IPTS serta salinan resit yuran pendaftaran.

..

“Bagaimanapun mereka akan dipanggil menyambung latihan PLKN selepas tamat pengajian,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan 121 peserta yang akan mengikuti latihan di dua kem di Gua Musang dan Kuala Krai, di sini, semalam.

..

Hadi berkata, pelatih yang bercadang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak akan diberi pelepasan; sebaliknya akan diminta menangguhkan sehingga tamat latihan.

..

“Pihak kami akan memohon kerjasama Kementerian Pelajaran bagi membenarkan pelajar terbabit menamatkan siri latihan PLKN,” katanya.

..

Mengenai kemasukan pelatih PLKN ke kem latihan di seluruh negara mulai kelmarin, Hadi berkata, semuanya berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

..

“JLKN menyediakan 1,079 bas, 49 penerbangan dan 13 feri bagi membawa mereka ke pusat-pusat latihan di seluruh negara,” katanya. – Bernama

..

Rasional mengenai paparan bahan berita ini boleh dibaca DI SINI.

2 comments:

  1. Apakah kos yang diperlukan bagi melanjutkan bidang penyampai berita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya andaikan "kos" yang dimaksudkan ialah "course" (kursus). Sebaik-baiknya ada pengalaman dalam pengajian media tetapi tidak wajib. Stesen radio dan TV sering mengadakan sesi uji bakat yang boleh anda sertai. Semoga berjaya!

      Delete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!