Mungkin ini
kali ketiga saya membaca semula cerpen “Nayagi” dalam buku Kisah dari Siru Kambam (2013). Namun,
pembacaan semula pada kali ini memainkan semula babak-babak sejarah tahun 1940-an
dan 1950-an, mengingatkan kisah pembunuhan Mahatma Gandhi, serta peristiwa
sebelum kemerdekaan Indonesia dan Malaya (Tanah Melayu). Imbasannya bukan hitam
putih, tetapi berwarna dalam tirai minda.
Watak utama
iaitu Madhavi terserlah umpama puisi-puisi bertema pembebasan wanita atau pen viduthalai (பெண் விடுதலை) dalam karya Mahakavi Bharati!
Cerpen ini
memperkisahkan konsep “kemerdekaan” diri watak utama iaitu seorang gadis
(wanita). Namun, di sebalik kisah ini, penulis berjaya mengatur langkah
strategik menyemai unsur semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama yang
boleh bersatu dan hidup damai walaupun berbeza pendapat.
Saya turut
terasa seronok apabila membaca bahagian yang menyebut “… di negara ini akan
lahir seorang Sudirman!” Sebagaimana kita semua tahu, lagu-lagu patriotik nyanyian
Allahyarham Sudirman Arshad masih dimainkan setiap tahun pada bulan kemerdekaan di radio dan
televisyen.
Saya
seiring pandangan dengan Retna Devi Balan yang menyunting cerpen
“Nayagi” bagi buku Kisah dari Siru Kambam. Sesungguhnya, penulisan Uthaya Sankar SB hanya untuk mereka
yang sanggup berfikir.
[Reaksi ini
dikirim oleh Vasudevan
Letchumanan (Skudai, Johor) pada 25 Ogos 2025. Beliau menyertai Bicara Bharati di Anak Baba (23 Ogos 2025). Beliau
akan turut terlibat dalam Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay
(27 September 2025).]