28 Mar 2010

Retna Devi Balan

Retna Devi Balan lahir di Segamat, Johor dan menamatkan pengajian menengah di Sekolah Tinggi Segamat sebelum mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1987-1989). Beliau melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1997; lalu mula bertugas di SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur.
.
Artikel beliau mengenai “Kolem” turut tersiar dalam Dewan Budaya manakala cerpen “Kamovarthini” dalam antologi Vanakam, dan sajak “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” disampaikan pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa. Retna juga mengambil bahagian dalam Ratib Seribu Syair.
.

Biodata penuh para Sasterawan Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian peringkat sarjana sastera (MA).