25 Mar 2010

Baca Cerpen Rudra Avatara

Nama Aktiviti
Baca Cerpen Rudra Avatara (I)
.

Penganjur Bersama

.

Pengenalan

Program Baca Cerpen Kavyan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Kavyan pada 29 Ogos-2 September 2003 berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records berikutan pembacaan 384 cerpen secara berterusan oleh 166 peserta selama 96 jam 32 minit. Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan tradisi membaca cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Kavyan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan acara membaca cerpen di pentas. Masyarakat juga semakin berminat untuk mendengar serta mengambil bahagian dalam acara seumpama ini. Maka tradisi ini wajar diteruskan dan diperhebatkan; khususnya dengan mengangkat karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan sendiri.
.

Objektif

1 Memberi penghormatan kepada golongan penulis karya sastera
2 Memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum; membudayakan baca cerpen
3 Meneruskan tradisi baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan; memasyarakatkan sastera
4 Membuka peluang kepada peminat sastera membaca naskhah cerpen Uthaya Sankar SB
5 Memartabatkan Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
..

Tarikh

6 Disember 2008 (Sabtu)
.

Masa

9:30 pagi – 12:30 tengah hari
.

Tempat

Dewan Serbaguna, Aras Satu, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
.

Jumlah Pembaca

Sekitar dua puluh (20) individu pelbagai kaum yang menawarkan diri secara sukarela. Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan mampu membaca naskhah cerpen dengan gaya persembahan yang mantap dan sesuai untuk persembahan di khalayak.
.

Pendaftaran dan Pemilihan Peserta

Bagi tujuan Baca Cerpen Rudra Avatara, orang ramai yang berminat diminta mendaftar lebih awal kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 20 orang sahaja.
.

Penonton

Orang ramai – khususnya peminat sastera, siswa-siswi, pelajar, guru, penulis dan ahli Kavyan – dipelawa menghadiri acara Baca Cerpen Rudra Avatara sebagai penonton. Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar juga digalakkan menyertai aktiviti ini sebagai pembaca atau penonton.
.

Bahasa

Naskhah cerpen yang dibaca adalah karya Bahasa Malaysia. Acara turut dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.
.

Penyelarasan

Program pembacaan cerpen diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos – 2 September 2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini.
.

Jumlah Cerpen

Beberapa buah cerpen yang terkandung dalam kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008) dijadikan teks bacaan. Setiap peserta hanya perlu membaca petikan beberapa halaman; sebagaimana ditetapkan oleh pihak penganjur. Teks cerpen dipilih dan ditetapkan oleh pihak Kavyan, dan dimaklumkan lebih awal kepada para peserta supaya boleh berlatih dan membuat persediaan. Peserta digalakkan memiliki buku Rudra Avatara; tetapi tidak diwajibkan.
.

Cenderamata Peserta

Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan sijil penyertaan bagi 20 peserta terbabit. Perpustakaan Negara Malaysia juga menyediakan cenderamata bagi peserta dan penonton. Cenderamata ini secara tidak langsung membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat; serta mempromosi kempen galakan membaca.
.

Promosi

Pomosi dan publisiti bagi acara ini dilakukan oleh Kavyan melalui media cetak (akhbar, majalah), media elektronik (televisyen, radio) dan internet (risalah online, surat berita dalam talian, e-group). PNM turut membantu membuat promosi dan publisiti untuk menarik penyertaan orang ramai; khususnya pengunjung perpustakaan.
.

Rangka Atur Cara

9:30 pagi
Ketibaan wakil Kavyan
10:00 pagi
Ketibaan tetamu, wartawan, peserta dan penonton
Pendaftaran peserta & penyerahan teks cerpen
10:30 pagi
Pendaftaran peserta ditutup
Memperkenalkan tokoh sasterawan – oleh wakil PNM
Taklimat ringkas kepada peserta – oleh wakil Kavyan
11:00 pagi
Baca Cerpen Rudra Avatara bermula
12:00 tengah hari
Dialog bersama tokoh sasterawan – moderator PNM
12:30 tengah hari
Penyampaian sijil penyertaan – oleh wakil PNM
Sesi fotografi berkumpulan
Jamuan ringan – sumbangan PNM
.

Foto Aktiviti

Foto-foto yang dirakam semasa aktiviti ini boleh dilihat di Facebook. Sila ambil perhatian bahawa hanya individu yang mendaftar sebagai ahli Facebook (percuma) dan menambah uthayasb@yahoo.com.my sebagai “rakan” boleh mengakses ke “album foto” yang disediakan.
.

Maklumat Lanjut

Acara Baca Cerpen Rudra Avatara (II) akan diadakan pada tahun 2009. [BACA DI SINI] Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai aktiviti baca cerpen, orang ramai boleh menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau telefon 016-3288142 (Uthaya). Sesi latihan membaca cerpen boleh diatur atas permintaan peserta.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!