21 Oct 2013

Penulis Tamil - Yuvarajan Subramaniam

Yuvarajan Subramaniam lahir di Sungai Petani, Kedah pada 3 November 1978. Ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah di Ladang Sungai Ular, Kulim sementara beliau membesar bersama-sama datuk dan nenek di Ladang Scarboro, Sungai Petani. Datuknya seorang ketua persatuan pekerja ladang yang mempunyai minat membaca yang mendalam. Neneknya pula sentiasa bercerita tentang masa silamnya yang penuh dengan dugaan dan kedukaan. Sebelum mencapai usia 12 tahun, Yuvarajan sudah membaca epik Mahabharata dan Ramayana.  Graduan bidang Fizik dari Universiti Malaya (2005) ini pernah memenangi  hadiah pertama dalam pertandingan cerpen anjuran Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya (UM) serta pertandingan cerpen dan sajak anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau penerima Anugerah Bakat Muda Selangor 2010 dan editor majalah Arivan terbitan DHRRA Malaysia. Yuvarajan turut aktif menulis artikel dan karya di laman sesawang www.syuvarajan.com. Kumpulan cerpen sulung berjudul Ultraman terbit pada Mac 2016. – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.