19 Mar 2010

Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia

Lahirnya kita
dari kebencian
kemarahan
prasangka.
Lahirnya kita
dari tragedi berdarah.
.

Dewasa kita

dalam kemerdekaan
kebebasan
keamanan.
.

Dewasa kita

dalam satu bahasa,
satu bangsa.
.

Walau

aku berkulit hitam
kau berkulit sawo matang
dia berkulit kuning langsat
aku, kau dan dia
tetap teguh
dalam satu bahasa,
satu bangsa.
.

Mantap kita

dalam satu bahasa
peneguh bangsa
mematikan perbezaan
melahirkan penyatuan.
Mantapnya kita
dalam satu bahasa,
satu bangsa.
.
Walau aku bermata galak
kau bermata perang
dia bermata kecil
terikat kita
dek satu bahasa,
satu bangsa.
.

Termeterai kita

dalam satu bahasa,
satu bangsa.
.

Maka

lahirlah kita
dari satu bahasa,
satu bangsa.
Bahasa kita Malaysia,
bangsa kita Malaysia.
...

Dideklamasikan oleh Retna Devi Balan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 3 Ogos 1999 sempena Malam Bahasa Jiwa Bangsa. Turut dibaca oleh Uthaya Sankar SB di Laman Budaya, Shah Alam pada 6 Oktober 2001 dalam acara Baca Puisi Darul Ehsan I sempena Seminar Kesusasteraan Bandingan Malaysia 2001. Turut dimuatkan dalam surat berita Kavya, Sept/Okt 1999. Frasa “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” ini juga menjadi pegangan Kavyan; seperti didokumentasikan DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!