11 Jul 2021

Biodata — Chelvi Ganesan

Chelvi Ganesan berasal dari Ipoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Raja Di-Hilir Ekram, SMK Jalan Pasir Puteh, dan SMK St Michael di tempat kelahiran, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Muda Pendidikan dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau pernah bertugas di lima sekolah di Johor dan Pulau Pinang, dan kini menjadi guru Ekonomi dan Bahasa Inggeris di SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh.

Beberapa puisi Tamil tulisan Chelvi tersiar di akhbar Malaysia Nanban dan Tamil Nesan serta majalah Kuil sekitar tahun 1997 dan 1998. ... Biodata penuh para Sasterawan Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian peringkat sarjana sastera (MA).