30 Apr 2010

Bengkel Cereka UPSR

Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat: Shah Alam
Bayaran: RM10.00
.

Kumpulan Sasterawan Kavyan menganjurkan Bengkel Penulisan Cereka UPSR sebagai usaha memberi bimbingan kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 mengenai teknik menghasilkan karangan berbentuk cereka atau cerita rekaan.

.

.Bengkel Cereka UPSR akan diadakan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan majalah e-baca (Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd) pada Sabtu, 29 Mei 2010, pukul 9:00 pagi (Waktu Kavyan) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (bersebelahan Wisma MBSA).

.

Bagi Bengkel Cereka UPSR pada 29 Mei 2010, penyertaan terhad kepada 20 murid Tahun 4, 5, dan 6 yang paling awal mendaftar dan menjelaskan yuran penyertaan RM10.00. Bayaran RM10.00 meliputi sarapan, nota, alat tulis dan bimbingan.

.

Peserta akan dibimbing Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan penulisan kreatif Bahasa Malaysia; serta penulis ruangan “Cereka UPSR” dalam majalah e-baca bermula Mei 2010.

.

[Sila KLIK DI SINI untuk membaca laporan aktiviti yang disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 14 Mac 2010.]

..

[Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 12 Mei 2010.]

.

Peserta diwajibkan berpakaian sopan dan sesuai dengan bilik berhawa dingin di perpustakaan.

.

Peserta dinasihatkan membawa air mineral.

.

Peserta boleh membawa kamera jika mahu.

.

Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan berada di dalam bilik di mana bengkel dikendalikan.

.

Individu yang berminat perlu mendaftar lebih awal (melalui e-mel atau SMS) kerana tempat adalah terhad bagi 20 peserta sahaja.

..

Tarikh akhir pendaftaran: 16 Mei 2010 atau sehingga cukup peserta (bergantung yang mana datang dahulu).

.

Pada 29 Mei 2010, meja pendaftaran dibuka pada pukul 9:00 pagi di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Peserta yang sudah mendaftar awal (melalui SMS atau e-mel) perlu hadir mengesahkan penyertaan dan membayar yuran (RM10.00).

..

Peserta yang tidak mendaftar sebelum 20 Mei 2010, tidak dibenarkan menyertai bengkel pada 29 Mei 2010.

.

Sarapan disediakan bagi peserta pada pukul 9:00 pagi dan bengkel bermula pukul 9:30 pagi, Waktu Kavyan.

.

Bengkel dijangka tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Makan tengah hari TIDAK disediakan.

.

Sila pastikan peserta (atau ibu bapa dan penjaga yang menghantar peserta) tahu lokasi Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dengan tepat. Sebarang panggilan telefon pada pagi 29 Mei 2010 untuk meminta panduan jalan TIDAK dilayan.

.

Jika memerlukan peta panduan jalan, sila KLIK DI SINI.

.

Kavyan memulakan Bengkel Penulisan Cereka UPSR dan Penghayatan Sastera Kanak-kanak di seluruh negara pada 2004 untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai penulisan karya Bahasa Malaysia.

.

Bengkel Cereka UPSR yang dikendalikan Kavyan bukan berorientasikan peperiksaan, sebaliknya membantu peserta memahami cara menghasilkan karangan tidak berformat yang memenuhi ciri-ciri cereka bermutu.

.

Tumpuan khusus Bengkel Cereka UPSR diberikan kepada penulisan karangan berbentuk autobiografi, biografi, menyambung cerita, peribahasa dan cereka peringkat UPSR.

.

Para peserta juga berpeluang mengetahui dan memahami ciri-ciri cereka bermutu serta cara menghasilkan cereka yang baik.

.

Objektif penganjuran Bengkel Penulisan Cereka UPSR adalah untuk mencungkil bakat penulisan cereka dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka boleh meneruskan bakat dan minat ke arah menghasilkan cerpen bermutu pada masa hadapan.

.

Hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 untuk maklumat lanjut. Setiap e-mel yang diterima akan dibalas. SMS akan dibaca tetapi tidak dibalas.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!