12 May 2010

Bengkel Cereka UPSR

SHAH ALAM - Majalah e-baca terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan ‘Bengkel Cereka UPSR’ khusus bagi murid Tahun 4, 5 dan 6.
.

Setiausaha Kavyan, Prabhawathy Govindarajoo berkata, bengkel ini akan diadakan pada 29 Mei ini, jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini.

.

“Peserta akan dibimbing cara-cara menulis karangan berbentuk cereka seperti autobiografi, biografi, gambaran, peribahasa dan menyambung cerita,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

.

Katanya, peserta akan dibimbing Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang juga penulis ruangan ‘Cereka UPSR’ di majalah e-baca.

.

“Kavyan bekerjasama dengan KKSB sejak 2004 dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya bagi kanak-kanak dan remaja di seluruh negara.

.

“Bengkel Cereka UPSR bukan berorientasikan peperiksaan, sebaliknya membantu peserta memahami cara menghasilkan karangan tidak berformat yang memenuhi ciri-ciri cereka bermutu,” katanya.

.

Prabhawathy berkata, selain membantu murid-murid menghasilkan karangan bermutu, bengkel ini juga bertujuan mencungkil bakat penulisan kreatif dalam kalangan kanak-kanak.

.

“Bimbingan dilakukan dalam kumpulan kecil supaya lebih fokus dan berkesan.

.

“Murid-murid yang berminat diminta mendaftar lebih awal kerana tempat terhad,” katanya.

.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.kavyan.blogspot.com atau hubungi 016-3288142.

...

(Sinar Harian, edisi Selangor/KL, 12 Mei 2010)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!