29 Nov 2010

Wan Azizah umpama Si Kitul moden

JASIN – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Jasin menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan [BACA DI SINI] dianggap biadab.
.

Sehubungan itu, Perkasa membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, tengah hari semalam.

.

Mereka mengadakan perhimpunan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Dr Wan Azizah.

.

Ketua Wira Perkasa daerah, Shahridhan Shaharan berkata, cadangan Wan Azizah itu dilihat ancaman dan hasutan yang mampu mewujudkan suasana provokasi yang boleh mengganggu keamanan negara.

.

“Beliau adalah orang Melayu dan apabila orang Melayu sendiri berani mempersoalkan hak keistimewaan mereka, ia dilihat satu jalan membuka pintu kepada mereka tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

.

“Mereka akan memperjuangkan hak keistimewaan ini menghalang menikmati keamanan di Malaysia pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

.

Justeru, Shahridhan mengharapkan kaum Melayu tidak terus tertipu dengan dakyah PKR yang lebih banyak bersandiwara daripada melaksanakan kebajikan kepada rakyat.

.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail layak digelar pengkhianat kaum dan negara kerana sanggup menggesa supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan demi mencapai agenda peribadinya.

.

Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan terdesak Wan Azizah untuk mengalih perhatian umum terhadap krisis PKR yang semakin kritikal itu tidak ubah seperti pengkhianatan Si Kitul dalam Sejarah Melayu.

.

“Tidak mustahil jika dia tiada nanti, rakyat akan mengingatinya sebagai pengkhianat bangsa setaraf Si Kitul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

.

“Dia sanggup menggadai maruah kaum demi kepentingan peribadi, parti yang dipeloporinya dan memperjuangkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian, di Shah Alam, semalam.

.

Nadzim membantah kenyataan Dr Wan Azizah yang mahu supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan.

.

"Saya tidak menolak kemungkinan pada satu hari, Dr Wan Azizah sanggup pula mendesak Islam sebagai agama rasmi, yang termaktub dalam Perlembagaan, dikaji semula demi mencapai agenda tertentu.

.

"Jadi, saya harap badan bukan kerajaan (NGO) lain bersatu dan mengutarakan protes terhadap Presiden PKR itu yang sewenang-wenangnya memberi kenyataan membelakangi Raja-raja Melayu," katanya.

.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris pula mahu supaya pandangan Dr Wan Azizah dilihat dari pelbagai sudut.

.

Menurutnya, konsep Ketuanan Melayu akan terus relevan sekiranya nilai kesejagatannya dapat diperluas dalam pengamalannya.

.

“Konsep Ketuanan Melayu yang merujuk kepada pengukuhan semangat perkauman yang sempit harus ditinggalkan,” katanya.

..

(Sinar Harian, 29 November 2010)