21 Oct 2013

Penulis Tamil - Rajam Ranjini

K. Rajam Ranjini dilahirkan di Klang, Selangor pada 29 Jun 1982. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Shah Alam serta menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang Fizik di Universiti Malaya (UM). Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Kecenderungan dan minat yang mendalam dalam bidang penulisan mendorong  Rajam menulis sejak usia remaja. Beliau mula aktif menulis cerpen, ulasan cerpen dan rencana pada 2008. Karya beliau disiarkan di akhbar Tamil tempatan, e-majalah tempatan serta media luar negara. Rajam pernah memenangi hadiah sastera anjuran Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia (2009) dan pertandingan cerpen anjuran Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya (2010). – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.