21 Oct 2013

Penulis Tamil - Uthayakumari Krishnan

Uthayakumari Krishnan berasal dari Ladang Tong Wah, Tapah, Perak dan kini menetap di Puchong, Selangor. Guru sekolah Tamil ini mula menulis semasa berada di bangku sekolah rendah. Minatnya muncul berikutan galakan daripada ibu bapa yang memang gemar membaca akhbar dan majalah. Uthayakumari mula menulis di akhbar Malaysia Nanban, Makkal Osai, Thina Kural dan Vaanampadi serta majalah Nayanam. Sehingga kini, Uthayakumari sudah menghasilkan lebih daripada 25 cerpen dan enam novel Tamil. Beliau menerima Anugerah Tan Sri Aathi Naagappan (2007) dan Hadiah Cerpen Persatuan Tamil Manimandram di mana cerpen berjudul “Appa” (2010), “Kanavil Vantha Narigal” (2012) dan “Hitler Paaddiyum Oru Cindrella Thevathaiyum” (2012) dipilih sebagai cerpen terbaik. – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.