Pragalath Kumar @ K. Pragalath adalah
anak kelahiran negeri Perak yang membesar di Kedah, serta memperoleh ijazah sarjana
muda dalam bidang pengajian antarabangsa dan strategi dari Universiti Malaya
(UM). Kini, beliau tinggal di Selangor dan berkecimpung dalam bidang pemasaran
digital. Sebelum ini, K. Pragalath menjadi wartawan selama lebih
sedekad di pelbagai portal berita dalam talian (online news portal) seperti Malaysiakini, Free
Malaysia Today, Berita Daily, dan The
Leaders Online. Beliau banyak menulis esei-esei kritikan berkaitan isu
sosial, agama, politik dan isu-isu semasa. Karya fiksyen sulung K. Pragalath berjudul “Dana dan Darah” dikarang semasa menyertai Sesi
Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan (10–11 Ogos 2019) dan diterbitkan di Eksentrika (6 September 2019). Esei “Pakaian Muslimah: Beriman atau Munafik?” yang dihasilkan di sesi sama disiarkan di Eksentrika (4 Oktober 2019). Lihat
juga — [Biodata Sasterawan Kavyan] — [Antologi
Busana Bahasa]
— [Kaum
India dan Sastera Kebangsaan]