Dari semasa ke semasa, rakan-rakan dan pembaca budiman
mengemukakan pandangan dan komen ringkas mengenai karya-karya saya [senarai
di sini] yang pernah dibaca. Saya paparkan sebahagian
daripadanya di sini bagi tujuan dokumentasi.
Jika anda pernah membaca
karya-karya saya dan sudi berkongsi pandangan atau komen ringkas, sila kirim ke
e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp
011–11411952.
Komen terpilih akan dikongsi di blog dan dalam
buku-buku saya pada masa hadapan.
“Uthaya perhurai unsur keIndiaan masuk ke alam Melayu secara
aman.” – Datuk Seri A. Samad Said (Sasterawan Negara)
“Penerapan tradisi dan adat kaum India menerusi
cerpen-cerpen Uthaya amat menambat hati saya. Sejak saya mula membaca
karya-karya Uthaya, penguasaan bahasa saya semakin mantap.” – Vikneswary Suppiah (Bukit Mertajam,
Pulau Pinang)
“Buku Thirukkural dan
Megha Duta menjadi satu inspirasi yang membuka minda saya bagi meneroka
teks etika dan moral Thirukkural
secara lebih mendalam.” – Susilah
Ramasamy (Teluk Intan, Perak)
“Gaya dan bentuk penulisan yang mudah difahami. Rujukan
terbaik dalam pembentukan diri serta sahsiah generasi akan datang.” – Kamal
Azzaynee Mustafa (Kampar, Perak)
“Ulasan dua karya klasik India – iaitu Thirukkural dan Megha Duta – dilakukan secara
terperinci oleh Uthaya sehingga semua mesej begitu mudah difahami.” – Faridah
Nazir (Seremban, Negeri Sembilan)
“Saya berasa gembira kerana dapat membaca karya klasik India
dalam bahasa kebangsaan. Penulisan Uthaya bukan sahaja satu usaha memartabatkan
bahasa kebangsaan, malah memperkasa budaya India.” – S. Maartandan Suppiah (Kampar,
Perak)
“Buku Thirukkural
dan Megha Duta dijadikan panduan untuk mendidik anak
saya dengan nilai-nilai murni. Ia ditulis dengan bahasa yang mudah difahami.” –
Suntheri Kasaban (Petaling Jaya,
Selangor)
“Karya Uthaya mendorong kita untuk melihat sesuatu isu dari
beberapa sudut pandangan.” – Chua Pei Yong (penulis novel Addison, Aku Tetap Juara!)
“Saya gemar membaca karya Uthaya kerana banyak mengandungi
penjelasan tentang tradisi kaum India yang dikait rapat dengan unsur perpaduan
antara kaum.” – V.K. Ezhilarasi (Cheras, Kuala Lumpur)
“Karya Uthaya tidak pernah mengecewakan saya. Fakta sahih
dan hujah bernas mencerminkan identiti beliau. Berani kerana benar!” – Thanusya Shanmuganathan (penulis novel Tak Sengaja Cinta)
“Penulisan yang mencabar minda serta penyudahan yang tidak
dijangka adalah gaya penulisan Uthaya yang menarik minat saya untuk membaca
karya-karya beliau.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
“Uthaya menulis dengan kritis. Dalam setiap
baris ayat pasti tersembunyi maksud tertentu. Pembaca yang teliti
akan memahami pendirian beliau. Kepekaannya terhadap sosiopolitik tanah air,
serta keberanian bersuara amat mengagumkan.” – M. Mahendran (penulis
buku Karupaya)
“Penulisan Uthaya bergaya santai dan mudah difahami; tanpa
kompromi pada tatabahasa. Kandungan penulisannya bersifat separa ilmiah dan
disampaikan dari perspektif yang segar.” – Nizha
Periaswamy (Shah Alam, Selangor)
“Kita sentiasa memerlukan penulis seperti Uthaya untuk
memberikan perspektif tajam mewakili kaum-kaum lain. Kritis dan menyumbang
kepada timbang tara rasional.” – Raiha
Bahaudin (penulis novel Kunang
Pesisir Morten)
“Saya gemar membaca karya Uthaya kerana mutu karyanya tidak
seperti penulis-penulis lain; sebaliknya membuat saya berfikir lebih kritis.” –
Wan Mahiran Wan Mohamad (penulis
novel Semanis Cinta Semalam)
“Karya-karya menarik tentang masyarakat India. Khalayak yang
kurang fasih bahasa Tamil juga masih dapat membaca
kisah-kisah ini dalam Bahasa Malaysia.” – Kasthuri C. Arjun (Sungai Petani, Kedah)
“Karya-karya Uthaya sememangnya mencetuskan pemikiran dan
menyajikan pelbagai kemungkinan.” – Patricia
Anne Clement (Ipoh, Perak)
“Karya-karya Uthaya sarat dengan nilai-nilai estetik yang
mampu menambat hati pembaca.” – Richard Ignacy (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
“Penulisan Uthaya merupakan bahan api yang menghidupkan palam
pencucuh minda pembaca.” – Rubeshan
Shamugam (Kuantan, Pahang)
“Pernah berbual dengan teman-teman penulis: Membaca
tulisan-tulisan Uthaya membuat kita bertanya kembali, ‘Apa itu Sastera
Malaysia?’” – Azrin Fauzi (penulis
buku Metaskandal)
“Karya-karya Uthaya agak sensasi bagi sesetengah kelompok
yang menyatakan penulis ini anti-Melayu. Ini suatu tanggapan yang
tidak punya semangat rukun keharmonian antara kaum di Malaysia.” – Haji Nik Mohd Yusoff bin Nik Ismail
(pengerusi Wadah Selangor)
“Kedalaman dan keindahan Bahasa Malaysia dapat diperhalusi
melalui penulisan Uthaya yang kreatif dan inovatif.” – V. Sethuprakhash (pensyarah UPSI, Tanjung Malim)
“Uthaya memperlihatkan kepelbagaian budaya masyarakat di
Malaysia menerusi penulisan yang mudah dan berkesan, lalu memberi pengaruh
kepada khalayak pembaca.” – Ramakrishnan Ramasamy
(penulis buku Kurnia)
“Mesej yang disalurkan melalui karya Uthaya adalah hal-hal
yang mudah tetapi mempunyai kesan mendalam.” – S. Ghanthimathi (Taiping, Perak)
“Karya-karya Uthaya merupakan suatu usaha memartabatkan
Bahasa Malaysia. Penulisan fiksyen mahupun faksyen beliau sangat menarik untuk
diteliti.” – Calvin Ohsey (Masai, Johor)
“Bekas tangan Uthaya senantiasa mudah bahasanya, tetapi padat
informasi buat para pembaca berbilang kaum dan agama.” – Tung Wai Chee (Seri Kembangan,
Selangor)
“Karya Uthaya banyak mengetengahkan budaya dan latar
belakang masyarakat India dan agama Hindu. Kisah sejarah dan dongeng
yang agak kompleks berjaya diceritakan semula secara santai dalam Bahasa
Malaysia dan gaya bahasa yang senang difahami.” – Roshidayu Che Mat (Shah Alam, Selangor)
“Uthaya merupakan antara perintis dan tunjang kepada para
penulis kaum India. Pembaca boleh merasai bahang nukilan penanya yang begitu
panas dan tajam menikam.” – KA. S. Annadurai (Petaling
Jaya, Selangor)
“Kajian, dokumentasi dan penulisan berkaitan budaya kaum
India harus diperbanyakkan di Malaysia.” – Alexandar
Anthony Dars (Ipoh, Perak)
“Anak saya kurang membaca buku cerita Bahasa Malaysia.
Bagaimanapun, karya-karya Uthaya berjaya menimbulkan minat itu.” – Jegavani Lengkan (Taiping, Perak)
“Melalui penulisan seperti ini, masyarakat Malaysia yang
berbagai kaum dapat mengenali budaya kaum India.” – Siti Yummiliyah Yaacob (Petaling Jaya, Selangor)
“Penulisan Uthaya sangat menarik. Isu-isu yang dibincangkan
juga amat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Ia serba sedikit
membantu saya menambah ilmu.” – Ngan
Siew Sin (Masjid Tanah, Melaka)
“Sama ada dibenci atau disuka, Uthaya memilih prinsip yang
diyakininya.” – Roslan Jomel
(penulis buku Selamat Datang ke Malaywood)
“Saya menggemari usaha Uthaya memartabatkan penggunaan
Bahasa Malaysia sambil mengangkat identiti kaum India dalam karya.” – Adzim Poh Yuen Wen (Subang Jaya,
Selangor)
“Penulisan Uthaya memang unik. Bukan mudah untuk mencari
bahan bacaan tentang budaya kaum India di Malaysia dalam Bahasa Malaysia.” – Nagathisen Katahenggam (Jelutung, Pulau
Pinang)
“Penulisan Uthaya bukan sahaja indah, malah membantu
memperindah penguasaan bahasa para pembaca.” – Thinager Krishna (Ipoh, Perak)
Jika anda pernah membaca
karya-karya saya dan sudi berkongsi pandangan atau komen ringkas, sila kirim ke
e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp
011–11411952.
Komen terpilih akan dikongsi di blog dan dalam
buku-buku saya pada masa hadapan. – Uthaya Sankar SB (11 Oktober 2019) [Lihat juga – Sebab Perlu Membaca Karya Uthaya]