Diviya Devaraj lahir dan membesar di Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Convent Bukit Mertajam dan
pendidikan menengah di SMK Convent Bukit Mertajam sebelum melanjutkan pengajian
Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Diviya mempunyai minat membaca buku-buku
berkaitan akademik dan ilmiah. Pantun
tulisan beliau termuat dalam Antologi
Pantun Ucapan Majlis (2018/2019). Diviya antara mahasiswi yang aktif dalam
persatuan peringkat kolej kediaman dan universiti. Beliau mendapat tempat
ketiga dalam Pertandingan Penyediaan dan Pembentangan Dasar Antara Pemimpin
Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (2016). Diviya menyertai ProjekAntologi Karya Penulis Malaysia. Lihat
juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]