Khairani Abd Samad berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau
memiliki ijazah Pendidikan Islam dari Universiti Islam Negeri, Sumatera,
Indonesia (UIN). Khairani pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan
Sejarah selama 21 tahun di beberapa buah sekolah swasta di Kuala Lumpur dan
Selangor. Minat yang mendalam terhadap penulisan mendorong beliau untuk
menyertai beberapa bengkel anjuran beberapa penulis tempatan seperti Bengkel
Kisah Hidup bimbingan Sri Diah dan Bengkel
Sayembara Penulisan Cerpen Menara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara karya yang pernah dihasilkan adalah novel
kanak-kanak, Misteri Mangkuk Tingkat
(2019). Karya berjudul “Pesan Ayah” dan “Menggapai Bintang” pula termuat dalam
antologi Nostalgia: Mahalnya Secebis
Kerinduan (2020). Khairani menyertai Projek Antologi Karya Penulis Malaysia.
Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]