3 Jun 2020

Biodata — Rushida Abdul Wahid

Rushida Abdul Wahid berasal dari Taiping, Perak dan sekarang menetap di Selangor. Seorang suri rumah dan sukarelawan NGO. Juga seorang ibu kepada enam anak yang masih belajar. Beliau meminati bidang sastera dan penulisan walaupun berkelulusan dalam bidang sains. Karya pertama dan terakhir (buat masa ini) tersiar dalam majalah Kuntum sewaktu berada di Darjah 4 atau 5. Aktiviti penulisan tidak diteruskan akibat sibuk dengan urusan harian. Rushida pernah menghabiskan membaca kesemua buku di perpustakaan sekolah rendah dalam masa beberapa bulan sahaja semasa berada di Darjah 6. (Nota: Pada masa lalu, ujian penilaian dibuat semasa belajar di Darjah/Tahun 5, manakala Darjah/Tahun 6 dianggap “tahun bulan madu”.) Rushida menjadi pembaca beta bagi beberapa cerpen Uthaya Sankar SB. Beliau menyertai Projek Menulis Karya 200 Perkataan dan cerpen yang terhasil berjudul Mengertikah Kau Sekarang?” (Eksentrika, 20 November 2020).