13 Aug 2020

Biodata — Salma Dhineswary

Dhineswary @ Salma Dhineswary lahir dan membesar di Jerantut, Pahang, serta kini tinggal di Rawang, Selangor. Beliau merupakan graduan sarjana muda Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya (UM) kini berkhidmat sebagai pendidik. Beliau juga mempunyai kelebihan dalam bidang terjemahan dan telah menterjemah cerpen Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Uthaya Sankar SB kepada bahasa Tamil [contoh]. Karya beliau termuat dalam antologi Peluru Aksara (2020). ... Biodata penuh para Sasterawan Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian peringkat sarjana sastera (MA).