15 Aug 2020

Biodata — Rekka Baskaran

Rekka Baskaran dilahirkan di Kuala Lumpur dan kini menetap di Rawang, Selangor. Beliau bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan Penulis di sebuah hospital swasta di Kota Damansara. Rekka mula berjinak dengan dunia penulisan semasa di bangku sekolah. Antara hasil penulisannya ialah novel Love You Forever (2016) terbitan Alaf 21 dan Maya (2017) terbitan SR Publication. Beliau yang menggunakan nama pena Nia Reiya juga pernah memenangi hadiah kedua pertandingan mengarang cerita seram menerusi novel Maya. Rekka menyertai Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara (Mac 2020). Lihat juga [Biodata Sasterawan Kavyan]