30 Sept 2020

Biodata — Sarjit Singh Gill

Sarjit Singh Darshan Singh @ Sarjit Singh Gill merupakan pensyarah bidang antropologi dan sosiologi di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau menamatkan pengajian ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain membentangkan kertas kerja di pelbagai persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serta menulis artikel bagi jurnal akademik, Sarjit Singh Gill turut menulis rencana berkaitan bahasa, sejarah, kebudayaan, dan komuniti minoriti di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, serta majalah Dewan Budaya, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Pendidik, dan The Sikh. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]