Sheena.
V @ Chakrabarty
adalah Ketua Program dan Pensyarah Kanan Komunikasi di sebuah universiti swasta. Beliau menjadi wartawan
dan copywriter sebelum menceburkan
diri dalam bidang pendidikan. Sheena mempunyai pengalaman mengajar selama 14
tahun dalam bidang komunikasi visual, etika media, kewartawanan, kewartawanan penyiaran,
penulisan kreatif dan multimedia, animasi, dan permainan.
Penyelidikan beliau sekarang melibatkan kajian media, penafsiran media, pengaruh media terhadap budaya, dan bagaimana media menggunakan tren untuk mewujudkan kumpulan masyarakat tertentu yang kemudian dikategorikan ke dalam sub-budaya.
Puisi Sheena diterbitkan dalam antologi puisi antarabangsa Corona Gone by the Poetry dan Mediteranian Waves, serta di majalah Tunas Cipta. [Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan]