“Saya
berasa amat gembira tetapi ada juga sedikit rasa gementar kerana ini adalah
projek antologi yang pertama bagi penulis baharu seperti saya. Jadi, saya tidak
mahu melepaskan peluang keemasan ini, lalu bertekad untuk mencuba. Saya juga tidak
sabar untuk membaca hasil penulisan sendiri dan para penulis lain dalam antologi
Lakaran Diri.
Tentu sahaja saya akan berkongsi pengalaman berharga ini dengan keluarga dan pelajar
saya. Semoga lebih ramai anak muda akan tampil meneroka bidang penulisan Bahasa
Malaysia pada masa akan datang.” — Malini Lakshmi Bai
Malini Lakshmi Bai ialah graduan Pengajian
Bahasa Inggeris dan Linguistik (Kepujian) dari Universiti Tunku Abdul Rahman
(UTAR) Kampus Kampar, Perak. Beliau meminati bidang penulisan sejak bangku
sekolah. Dapatkan biodata penuh Malini dalam antologi Lakaran Diri (2022).