Penyelaras bengkel yang juga AJK Kavyan, Nyanaambigai berkata, penyertaan adalah membanggakan kerana pada mulanya hanya 10 peserta dijangka hadir.
Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB berkongsi pengalaman serta panduan menghasilkan cerpen bermutu. Beliau akan turut menerangkan cara “memancing” minat pembaca serta panduan mengirim karya ke penerbitan.
Rata-rata peserta bengkel melahirkan keinginan dan harapan agar bengkel lanjutan yang lebih mendalam dianjurkan oleh Kavyan pada masa akan datang. Mereka juga bersetuju agar yuran minimum dikenakan bagi setiap peserta.
(Kavya, Februari 2004)
saya rasa bangga dengan saudara uthaya sankar dengan usaha yang anda lakukan bagi memartabatkan bahasa malaysia. teruskan usaha semoga berjaya.
ReplyDeletehttp://kamuntingebayer.blogspot.com/