26 Mar 2010

Saroja Theavy Kendalikan Bengkel Penulisan Cerpen

...
Sasterawan terkemuka tanah air, Saroja Theavy Balakrishnan, mengendalikan Bengkel Penulisan Cerpen pada 22 Januari 2004 (Khamis), 9:00-11:00 pagi di SMK Alam Megah (SMKAM), Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. ..
..

Bengkel ini anjuran Kavyan dan Persatuan Bahasa Malaysia SMKAM. Seramai 18 remaja pelbagai kaum menyertai bengkel ini yang dikendalikan secara percuma.

..

Saroja Theavy berkongsi pengalaman serta panduan menghasilkan cerpen bermutu.

..

Beliau turut memperkatakan mengenai kumpulan cerpen terbaru beliau, Keinginan Kecil Di Celah Daun (2003).

..

Peserta dibimbing menulis dan membaca petikan cerpen berdasarkan idea yang dikemukakan.

..

Turut hadir, Nisah Haron yang memperkatakan mengenai jualan buku secara dalam talian (online).

...

(Kavya, Februari 2004)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!