Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said diberi penghormatan membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan 96 jam ini. Cerpen beliau berjudul “Dosa Pejuang”. Beliau juga bertindak sebagai saksi utama bagi acara berkenaan serta menandatangani sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh The Malaysia Book of Records.
Upacara perasmian pembukaan berlangsung pada petang, 29 Ogos di Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam. Acara baca cerpen pula bermula tepat pukul 5:00 petang dengan pembacaan cerpen pertama berjudul “Guruh” oleh Dr Othman Puteh. (Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2003.)
“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah bakat-bakat baru pelbagai kaum serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat dipertikaikan. Jadi, urus setia sebulat suara memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan, S. G. Prabhawathy.
Acara ini dianjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama padu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor serta The Malaysia Book of Records.
“Pada mulanya, apabila promosi dan publisiti bagi acara Baca Cerpen Kavyan, sejumlah 96 peserta sahaja dijangka mengambil bahagian. Bagaimanapun, apabila penyertaan ditutup, hampir 166 peserta sudah mendaftar secara sukarela. Kami terharu atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai. Kelompok penulis mapan, penulis muda, peminat sastera dan orang ramai berminat mengambil bahagian,” kata beliau.
“Baca Cerpen Kavyan berlangsung selama
Pada acara ini, seramai 166 peserta telah membaca 384 cerpen Bahasa Malaysia secara berterusan selama 96 jam 32 minit.
“Tujuan utama Baca Cerpen Kavyan adalah untuk memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca sajak sudah terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular. Kavyan berusaha membudayakan baca cerpen, memasyarakatkan sastera serta memartabatkan Bahasa
Kejayaan ini dicatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai “The Longest Readathon”. Rekod lama merupakan pembacaan teks Bahasa
Wartawan akhbar TheSun, Bissme. S menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa
Antara penulis kaum India yang turut serta ialah Prof Madya Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy, Vijayaletchumy Vellasamy, Bathmavathi Krishnan, Lily Gayathry dan Ganesan Duraisamy.
Pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen Kavyan di Galeri Shah Alam suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.
“Semua ini berkat publisiti yang diberi oleh pihak media,” kata Uthaya. “Ruang siber turut menjadi ruang untuk kami mempromosi acara ini sejak Mei 2003.”
Sekumpulan mahasiswa kaum
Satu lagi keistimewaan Baca Cerpen Kavyan adalah penampilan seorang gadis dan seorang pemuda cacat penglihatan yang membacakan naskhah cerpen menggunakan teks Braille. Ong Chew Hau dari Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta (MAB), Brickfields menerima bimbingan daripada gurunya, Puan Sumitha Ramasami; juga seorang cacat penglihatan.
Vasu Manickam pula bekas pelajar MAB yang turut tidak mahu ketinggalan mengambil bahagian. Mereka mahu membuktikan bahawa golongan cacat penglihatan juga dahagakan karya sastera, khususnya cerpen. Kehadiran mereka dijangka telah berjaya menghantar mesej betapa karya sastera perlu turut diterbitkan dalam bentuk Braille.
“Acara Baca Cerpen Kavyan pasti menjadi suatu acara yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi juga untuk para peminat yang hadir sebagai penonton. Selain berpeluang mendengar cerpen dibacakan, khalayak juga telah berpeluang bertemu kelompok penulis sastera kebangsaan. Kavyan juga memartabatkan bahasa kebangsaan di mana acara ini dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa
Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Dato’ Abdul Samad Maharuddin yang merasmikan pembukaan acara ini memuji usaha Kavyan mendaulatkan Bahasa
Terdahulu, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, Puan Sermaini Pien melahirkan rasa gembira kerana mampu membantu Kavyan menganjurkan sebuah acara seperti ini. Beliau menyeru supaya acara Baca Cerpen Kavyan dijadikan acara dwibulanan bagi meneruskan usaha membudayakan baca cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Wakil The Malaysia Book of Records, Cik Cherry Heng dalam ucapan ringkasnya mengesahkan bahawa Baca Cerpen Kavyan berlangsung selama 96 jam 32 minit; mengatasi rekod lama 72 jam. Beliau juga memuji usaha Kavyan memartabatkan Bahasa
Terdahulu, Penasihat Kavyan, Prof Madya Dr Krishanan Maniam dalam ucapannya memuji Urus Setia yang komited dan melaksanakan tugas secara penuh profesional.
Secara keseluruhan, Baca Cerpen Kavyan sudah mencapai objektif “membudayakan baca cerpen, memasyarakatkan sastera serta memartabatkan Bahasa
Cabaran kini adalah untuk memastikan kesinambungan bagi objektif-objektif berkenaan. Juga untuk menarik lebih ramai orang untuk hadir mendengar teks cerpen dibacakan.
“Pihak Kavyan memang bercadang menjadikan Baca Cerpen Kavyan suatu acara dwibulanan. Bukan untuk tujuan cipta rekod tapi untuk meneruskan tradisi. Ke arah itu, kami mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada pihak berkenaan,” Uthaya menjelaskan.
“Misalnya, penerbit majalah dan akhbar yang memuatkan cerpen. Kita boleh mengadakan sesi membaca cerpen-cerpen yang tersiar setiap bulan. Kavyan bersedia tetapi kami memerlukan sokongan untuk menjayakannya.”
“Jangan lupa akan golongan buta seperti kami!” Sumitha pula mencelah sambil minum teh. “Usahakanlah juga acara baca cerpen versi Braille bagi kami kerana kami sangat berminat membaca karya sastera, khasnya cerpen dan sajak. Kami juga mahu suara hati kami didengar orang ramai.”
“Baiklah,” jawab seseorang dengan nada yang meyakinkan. Tetapi Sumitha, Ong Chew Hau dan Vasu tidak dapat melihat orang berkenaan.
Saudarakah orang yang menjawab itu?
(Disiarkan dalam ThenDral, Disember 2004 dan Kavya, Februari 2004)
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!