27 Jan 2011

Bukan semua orang India pariah: Presiden PENA

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA) Dr Mohamad Saleeh Rahamad hari ini menafikan bahawa masyarakat India di dalam buku teks Komsas Tingkatan 5, Interlok digambarkan sebagai orang ‘Pariah’.
.

“Dalam buku tersebut ia menggambarkan bahawa sebahagian besar masyarakat India sahaja yang terdiri dari kasta tersebut.”

.

Beliau menambah bahawa sebahagian besar turut bermaksud masih ada sebilangan yang bukan dari kasta tersebut.

.

Menurutnya lagi, ada juga bahagian lain yang menyatakan terdapat masyarakat India dari kasta lain di Malaysia seperti babak di mana Seman bekerja di kedai orang India.

.

Beliau berkata sedemikian ketika memberikan komen berkenaan pandangan yang telah diutarakan oleh Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Uthaya Sankar SB.

.

Ketika ditanya berkenaan komentar Uthaya yang menyatakan bahawa buku tersebut cuba ‘menggambarkan masyarakat India tanpa memahami budaya masyarakat India’ Saleeh berkata:

.

“Tidak semestinya penulisan buku sastera perlukan ketepatan seratus peratus. Ini fiksyen yang menggunakan anakronisme.”

.

Anakronisme bermaksud menggambarkan sesuatu peristiwa orang atau benda tanpa menurut masanya.

.

“Uthaya sendiri turut menggunakan anakronisme dalam karyanya berlandaskan Ramayana,” hujah beliau.

.

Beliau turut menangkis komentar Uthaya yang diterbitkan FMT sebelum ini. [BACA DI SINI]

.

Dalam siri komentarnya, Uthaya telah menunjukkan beberapa kesalahan fakta di dalam Interlok edisi murid.

.

“Mencari ketepatan 100 peratus di dalam sastera adalah kerja bodoh,” ujar presiden PENA lagi.

.

Dalam satu lagi perkembangan, Saleeh menafikan bahawa tindakan akan diambil oleh PENA terhadap Uthaya kerana perbezaan pendapat dalam isu Interlok.

.

Uthaya merupakan ahli seumur hidup PENA dan beliau mengalu-alukan perbezaan pendapat tersebut.

.

“Perbezaan pendapat ialah satu rahmat.”

.

Interlok menjadi isu hangat berikutan pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah pada 15 Disember lepas. [BACA DI SINI]

.

Berikutan itu, MIC dan badan bukan kerajaan (NGO) India menentang penggunaan buku Interlok edisi murid dan mahukan penggunaan buku tersebut diharamkan.

.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat keputusan terhadap isu itu pada Jumaat ini (28 Januari 2011).

...

(K Pragalath, Free Malaysia Today, 26 Januari 2011)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!