“Menerusi semua perbincangan kabinet dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, saya dengan tegas menyatakan pandangan masyarakat India, dan impak buku itu terhadap minda masyarakat serta golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Menteri Sumber Manusia itu juga berkata, beliau berulang kali menegaskan pada mesyuarat mingguan kabinet berhubung pendirian masyarakat India bahawa buku berkenaan perlu ditarik balik kerana selain beberapa perkataan yang menyentuh sensitiviti kaum, terdapat terlalu banyak kesalahan fakta mengenai sejarah, budaya dan amalan kaum India beragama Hindu di dalam novel itu.
“Tidak ada sekelumit kebenaran pun mengenai dakwaan dan khabar angin kononnya MIC sudah berkompromi,” katanya.
Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum India di Malaysia membantah penggunaan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sebagai teks Komsas bermula tahun ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T Mohan berkata, wakil kaum India akan terlibat dalam Wacana Interlok anjuran Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya (KKUM) di Rumah Universiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, jam 2 petang, hari ini.
"Ini peluang untuk wakil kami berhujah di pentas terbuka bersama-sama wakil Gapena dan beberapa NGO lain ke arah mencari kejernihan dalam isu ini," katanya. - Sinar Harian, 26 Januari 2011.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!