21 Feb 2021

Bhagavad Gita — Harapan Rakan-rakan



Berikut harapan sebahagian rakan-rakan berhubung projek penceritaan semula Bhagavad Gita yang sedang diusahakan.

“I am supporting this project because I feel it’s important to share the story of Bhagavad Gita among all Malaysians. The lessons that we can learn from the story is important to be known by all.” — Logheswaran Paneerselvam (Shah Alam, Selangor)

“This retelling of Bhagavad Gita in Bahasa Malaysia is going to benefit many since there isn’t any available now. I’m sure this book would not only attract the Indian community but also other races in Malaysia.” — Ganesan Jelloragy (Kulai, Johor)

“Saya menyokong usaha ini kerana Bhagavad Gita merupakan teks falsafah Hindu yang mampu menjadi pedoman hidup setiap insan. Saya berharap usaha Uthaya Sankar SB boleh membantu orang ramai menghayati Bhagavad Gita secara lebih mendalam dan menjadi panduan ke arah kehidupan yang lebih bermakna.” — Selvei Kaneson (Butterworth, Pulau Pinang)

“The Bhagavad Gita is an ancient Indian text that became an important work of Hindu tradition in terms of both literature and philosophy. The original piece is written as poetry and Uthaya’s retelling in prose will definitely unlock its values for the masses.” — Jayaprakash Jayachandran (Senawang, Negeri Sembilan)

“Saya sangat yakin dan percaya buku yang bakal terbit akan menampilkan pandangan khusus Uthaya Sankar SB dari sudut yang lain dan tersendiri. Para pembaca sedia menyedari dan mengetahui semua karya yang dihasilkan oleh beliau mengandungi elemen-elemen yang kritis dan bervisi serta berpemikiran moden. Beliau tidak pernah gagal memperkenalkan kita untuk melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza dan unik. Bhagavad Gita telah ditafsirkan dalam banyak cara (audio dan visual) oleh pakar-pakar yang mengikuti aliran yang sama (religious). Tetapi apakah pandangan seorang penulis yang percaya dan menghayati kepercayaan berbilang agama (multi-faith)? Pasti ini merupakan pengembaraan yang menarik. Mungkinkah Uthaya bakal meneroka dan mengubah cara pemikiran yang diilhamkan selama ini? Kita tunggu dan lihat.” — Tiru Mohan P.S. Maniam (Selayang, Selangor)

“Saya menyokong usaha penceritaan semula Bhagavad Gita kerana saya yakin dengan tulisan Uthaya. Setiap tulisan beliau dibuat dengan teliti dan sangat mengujakan. Saya tidak pernah ketinggalan untuk membaca buku-buku beliau. Saya pasti usaha ini juga tidak akan mengecewakan.” — Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)

“Saya belum berpeluang untuk membaca versi asal Bhagavad Gita. Sudah pasti gaya penyampaian Uthaya dalam versi penceritaan semula ini lebih ringkas dan mudah difahami. Dan hal ini pasti akan memudahkan ‘kerja’ saya nanti untuk memahami kandungan teks berkenaan.” — M. Mahendran (Bentong, Pahang)

“Saya menyokong usaha penceritaan semula Bhagavad Gita kerana saya percaya, memahami suatu naskhah budaya lain boleh membawa kepada keharmonian serta menambah kekuatan kita untuk saling memahami.” — Noraziana @ Zayana Aziz (Rawang, Selangor)

“Uthaya selalunya mempunyai pandangan dari sisi yang lain dan kritis yang berani dan tuntas. Maka, saya menyokong projek penceritaan semula Bhagavad Gita yang diusahakannya.” — AK Asri @ Asri Abd Karim (Shah Alam, Selangor)

“I support Uthaya’s effort in retelling the Bhagavad Gita as I look forward to his interpretation. His writing style in previous projects had been a breath of fresh air and easy to be comprehended by all. I can’t wait to get my hands on this book.” — Saravanan Selanduray (Kuala Lumpur)

“Saya menyokong usaha ini kerana penceritaan semula Bhagavad Gita dapat membuka mata dan menjana pemikiran serta minda setiap individu. Kebanyakan individu terlepas pandang akan Bhagavad Gita kerana kandungan yang sukar difahami, selain kekangan agama bagi individu yang bukan beragama Hindu. Oleh hal yang demikian, versi penceritaan semula ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi menghayati kandungan Bhagavad Gita.” — Jaya Kumar Shanmugam (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)

“Secara peribadi, saya ingin memahami secara mendalam kebenaran dan apa sebenarnya yang Bhagavad Gita mahu sampaikan kepada penganut Hindu. Minat ini timbul kerana saya dapati banyak perbezaan penerangan daripada pelbagai kelompok berkepentingan peribadi.” — Kalaiarasan a/l Murugasu (Semenyih, Selangor)

“I fully support Uthaya’s effort because Bhagavad Gita is a life guide for human civilization and this wisdom should reach the masses. For everyone to fully grasp the wisdom, today’s layman language need to be used.” Jagannatham a/l Paidathally (Cheng, Melaka)

“Saya menyokong projek ini kerana Bhagavad Gita perlukan penceritaan semula supaya mudah difahami.” — Sumitra Devi Pillay (Kampung Chetti, Melaka)

“Penceritaan semula Bhagawad Gita ini suatu usaha murni dan wajar dialu-alukan serta disokong oleh semua. Usaha ini mampu memberi gambaran lebih jelas mengenai konsep Sanatana Dharma dan boleh dibaca oleh semua golongan. Saya harap buku ini akan memperkukuh pegangan agama penganut Hindu selain menepis serangan psikologi pihak tertentu yang cuba memesong akidah orang Hindu.” — Subramaniam Raman (Kulim, Kedah)

“Saya menyokong usaha ini kerana saya pasti hasil penceritaan semula oleh Uthaya akan memberi pencerahan agar kandungan Bhagavad Gita difahami semua. Maka, kandungannya tidak akan disalah tafsir, terutamanya oleh pihak media, warga perfileman dan golongan karyawan apabila mereka cuba mencerminkan pegangan hidup para penganut agama Hindu.” — Leela Chakrabarty (Petaling Jaya, Selangor)

“Penceritaan semula Bhagavad Gita merupakan suatu usaha yang jarang dilakukan kecuali oleh penulis yang betul-betul gigih dan berani. Saya percaya setiap agama mempunyai teks falsafah bagi mendidik manusia menjadi insan baik. Dalam konteks ini, Bhagavad Gita merupakan khazanah yang amat bernilai. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan mengangkat dan memperkenalkan teks falsafah ini kepada generasi akan datang.” — Sriwati binti Hj Labot (Sri Aman, Sarawak)


“Penceritaan semula Bhagavad Gita dalam Bahasa Malaysia pasti akan membuka ruang baharu kepada para peminat bahasa kebangsaan. Pembaca pelbagai kaum, agama, dan bahasa ibunda akan dapat memahami kandungan buku ini. Saya percaya, buku ini mampu memberi suatu gambaran yang mudah dan jelas walaupun kepada khalayak yang pertama kali membaca Bhagavad Gita.” — Prem Kanna Dorairaj (Rawang, Selangor)

“Saya mempunyai harapan tinggi terhadap projek ini yang saya yakin mempunyai mutu dan kualiti baik seperti biasa. Bhagavad Gita merupakan sebuah karya yang sangat penting dan saya tidak sabar untuk membaca versi penceritaan semula Uthaya yang pasti menarik, unik, dan realistik. Karya Bahasa Malaysia ini juga mempunyai peluang besar untuk menarik minat lebih ramai pembaca di Malaysia.” — Prem Sutha (Skudai, Johor)

Bhagavad Gita dalam terjemahan Inggeris pernah saya baca sewaktu alam remaja. Saya tidak menghabiskan pembacaan kerana kurang memahami kandungannya. Saya tertunggu-tunggu ketibaan karya terbaru Uthaya kerana karya beliau sentiasa menepati selera bacaan saya. Saya percaya pembaca akan mendapat pelbagai pedoman daripada karya terbaharu ini.” — VK Ezhilarasi a/p Velautham @ Krishnan (Cheras, Kuala Lumpur)

“Eagerly waiting to read this version of Bhagavad Gita.  I am expecting a different dimension which has never been told before. Surely Uthaya’s retelling would enable the readers to look at Bhagavad Gita from another perspective which might differ from the original epic.” — Vickneswaran Achuthan (Ayer Itam, Pulau Pinang)

“The Bhagavad Gita is an instruction manual for anyone. It provides the basic answers that most people have about life, and the universal spiritual truths that can be used by anyone, anywhere, and at any time in history. In this way it is timeless. It speaks about humanity, reality, and our place in that reality, as well as the actions we are to take to find wisdom and happiness. I support Uthaya’s effort in retelling Bhagavad Gita and eagerly wait for its publication. I’m sure this book would be useful for everyone in Malaysia.” — Thiruselvi Elangovan (Klang, Selangor)

“I read the Bhagavad Gita when I was probably 17 or 18 years old.  It is always a different read as one ages. The question ‘Who am I?’ is as relevant today as it was in the past. The kingdom of God is within or without? The moment I knew about this project, I wished Uthaya good tidings in his endeavour. Krishnan too blows in Arjunan’s sails, fare thee well.” — Anthony Louis (Jerman)

“Pengolahan semula Bhagavad Gita dalam Bahasa Kebangsaan adalah suatu usaha yang sangat penting bagi membantu masyarakat Malaysia secara umumnya memahami kitab berkenaan. Saya percaya, buku ini mampu membawa pembaca menelusuri penceritaan watak-watak yang menarik dalam karya agung agama Hindu ini.” — Luqman Mohd Hata (Rawang, Selangor)

“Secara peribadi, saya amat berminat untuk membaca karya berkaitan Hinduisme dan purana. Apabila saya membaca Bhagavad Gita, saya dapati karya tersebut bukan hanya sesuai dibaca oleh penganut Hindu. Oleh itu, versi penceritaan semula ini wajar dibaca dan dinikmati oleh masyarakat pelbagai kaum dengan sikap terbuka.” — Thanesh Kichi (Balik Pulau, Pulau Pinang)

Bhagavad Gita! Membaca tajuknya sudah cukup menggerunkan bakal pembaca. Sebuah kitab yang susah untuk difahami. Namun, melalui penceritaan semula oleh Uthaya dengan bahasa yang santai, semua golongan (dari kanak-kanak hingga dewasa) pasti dapat memahaminya dengan mudah.” — Siti Yummiliyah Yaacob (Petaling Jaya, Selangor)