Pada 20 April 2021, DBP mengesahkan pendirian “Tuhan” hanya bagi “Allah” dan keputusan itu kononnya selaras Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975). [Rujuk di sini]
Dalam pungutan suara dalam talian (Google form) yang dibuat, rata-rata orang ramai berkata:
1. Saya membantah dan tidak bersetuju dengan pendirian DBP
dalam hal ini.
2. DBP perlu keluarkan kenyataan memohon maaf dan melakukan pembetulan dalam Kamus Dewan (2005), Kamus Dewan Perdana (2020), antologi Meredah Kabus (2021), dan semua terbitan akan datang.
Berikut reaksi dan komen tambahan daripada sebahagian kecil orang awam yang mengisi borang dalam talian:
Tugas DBP ialah memperkasakan bahasa, bukan membezakan Tuhan A dan B dengan huruf besar atau kecil. Kalau guna T, guna untuk semua. — Tan Choo Khuan
DBP tidak boleh memaksa sesiapa yang bukan Islam untuk menerima “Tuhan” sebagai tuhan Islam sahaja. Orang bukan Islam berhak menggunakan “Tuhan” untuk merujuk kepada Tuhan mengikut agama masing-masing. Tuhan Islam bukan Tuhan saya dan saya tidak boleh menerima “tuhan” untuk merujuk kepada Tuhan saya. — Vikneswaran Muniandy
Tuhan adalah perkataan umum yang bermaksud sama kepada semua tanpa kira agama, seperti “ibu” dan “ayah”. Kata nama khas atau am boleh ditentukan mengikut konteks, bukannya agama. Hal sebegini oleh DBP sungguh menyedihkan. — Prem Sutha a/p Ponnusamy
Adakah Tuhan dalam Rukun Negara milik mereka yang terdiri daripada satu-satu agama sahaja? — Anuradha Chelliah
Perkataan “Tuhan” adalah satu perkataan umum dan ia tidak harus menjadi eksklusif (huruf besar dan kecil) untuk satu agama tertentu sahaja. Penggunaan “Tuhan” oleh semua agama sama sekali tidak harus menjadi satu isu untuk dipertikaikan. Malah ia hanya akan mencerminkan pemikiran cetek seseorang individu dan golongan dalam pemahaman tentang dasar pengajaran sesuatu agama kepada umat manusia. — Tiru Mohan A/L P.S.Maniam
Tuhan tetap Tuhan, tidak mengira agama mana. Setiap penganut berhak memuliakan Tuhan mengikut cara masing-masing. — Kanabathy Nadaraja
Orang Islam sudah ada Allah, kenapa mahu tuntut Tuhan juga? Apakah Tuhan penganut agama lain tidak penting? — Thanusya Shanmuganathan
Perkataan Tuhan adalah am yang boleh digunakan secara menyeluruh kerana penggunaan perkataan itu sendiri tidak akan menyebabkan interprestasi yang salah dalam menyebabkan seseorang itu sesat dan menyerong ke ajaran yang salah. Perkataan Tuhan yang berhuruf kecil hanya menyebabkan seseorang itu mempertikaikan kepercayaan seseorang dan akan mengambarkan fahaman fanatik sesuatu agama itu yang mana ini tidak menzahirkan atau tidak mengambarkan agama itu yang sebenar. Kita perlu melihat konsep Tuhan secara menyeluruh dari konteks Perlembagaan Malaysia. Bukannya dari konteks agamawan yang mana mereka boleh ada kepentingan sendiri. — Sashi Kumar Doraisamy
Language should be kept separate from religion. In the English language, the capitalized “God” is used without distinction as to who is the speaker, whether the speaker is Christian or not. Malay is not just the language of Muslim Malaysians, but the national language for all Malaysians. — Shanmuga Kanesalingam
Penulis Islam boleh terus gunakan perkataan “Allah” dan Penulis Bukan Islam boleh menggunakan “Tuhan”. — Govinda Ram
Perkataan dalam bahasa tidak mutlak bagi penutur kaum tertentu. Siapa pun menggunakan mana-mana bahasa untuk menyampaikan satu-satu konsep dalam bahasa. Bahasa milik semua. — Dr S. Nathesan
Konsep Tuhan, yang merujuk khusus kepada Pencipta, wujud dalam agama selain Islam. Ejaan bahasa seharusnya bebas daripada bias agama. — Kelvin Liew Peng Chuan
Jangan DBP pilih kasih. Hormati semua agama. — Maizun Mastura binti Mohammad
Janganlah DBP berinovasi dengan amalan-amalan yang sedia ini. Guru-guru sentiasa mengajar “Tuhan” sebagai kata nama khas. Jangan sesekali kelirukan anak muda kita, dan merosakkan anak bangsa. Kita semua tahu, prinsip pertama Rukun Negara yang diperkenalkan oleh MAGERAN pada tahun 1970 sendiri mempunyai perkataan Tuhan. Jangan lupa sebab-sebab Rukun Negara diperkenalkan! Tidak ada sebarang faedah pun yang DBP akan dapat dengan pelaksanaan syarat ejaan Tuhan/tuhan. — Murali Mohan
Macam mana hendak menjadikan Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia kalau DBP sebagai tunjang Bahasa Melayu menfasiskan bahasa? — Looi Kam Fatt
Nampaknya DBP langsung tidak rasional dalam tindakannya ini. Sungguh malang apabila sebuah organisasi yang ditugaskan untuk memupuk perpaduan berkelakuan begini secara halus. — Dato’ Murugan Alimuthu
Mengapa perlunya ada dua tuhan? Bukankah Tuhan hanya satu? DBP jangan mempersialkan Tuhan Yang Maha Esa. Tiada dua Tuhan! — Elangovan a/l Annamalai
Saya amat berdukacita dengan DBP yang tidak mengiktiraf penganut agama lain selain Islam untuk memanggil “Tuhan” dengan ejaan kata nama khas sebagai sesuatu yang sakral dan suci untuk mereka. Ejaan “Tuhan” (huruf besar) tidak patut dieksklusifkan untuk merujuk kepada “Allah”, Tuhan bagi umat Islam. DBP sepatutnya meraikan kepelbagaian dengan memperkayakan kosa kata yang inklusif untuk semua penutur Bahasa Malaysia tanpa kira kaum dan agama; bukannya menghadkan kosa kata mengikut agama tertentu sahaja. — Calvin Ohsey ak Ah Sen
Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan prinsip pertama dalam Rukun Negara. Mengikut Buku Teks Sejarah Tahun 6 (SK) muka surat 51, jelas dikatakan “Agama menjadi pegangan paling utama rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat seharusnya menghormati amalan keagamaan masyarakat lain. Prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini juga dapat membantu menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, rakyat dapat menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab terhadap negara.” Dalam hal ini, rakyat Malaysia yang berbilang kaum menganuti pelbagai agama mengikut kepercayaan masing-masing. Pernyataan tersebut menyeru setiap rakyat untuk menghormati amalan keagamaan masyarakat lain. Jika masyarakat Islam sahaja yang boleh menggunakan “Tuhan”, maka adakah ia membawa maksud mereka tidak menghormati agama lain? Oleh itu, penggunaan “Tuhan” dan “tuhan” seperti dilakukan DBP hanya akan membawa kepada pelbagai masalah dan menjadi halangan kepada perpaduan. Oleh yang demikian, DBP hendaklah melakukan pembetulan dan membenarkan semua rakyat Malaysia menggunakan “Tuhan” demi meningkatkan perpaduan antara kaum dan agama. — Arun a/l Balan
Usaha DBP untuk menakrifkan “Tuhan” dan “tuhan” berlandas suatu agama tertentu dengan sekadar mengolah huruf kecil and besar jelas mencerminkan kekalutan ilmiah yang dimiliki oleh golongan yang mendabik dada mengatakan mereka melindungi bahasa kebangsaan. Kemungkinan, dalam masa terdekat, perkataan “Kebangsaan” dengan huruf besar akan merujuk kepada komuniti tertentu dan yang dengan huruf kecil merujuk kepada komuniti minoriti yang lain! Apakah perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia menerusi pemerkasaan Bahasa Kebangsaan akan berjaya dengan usaha-usaha negatif golongan sedemikian? — Kamhal Kolandivello
Bahasa adalah alat untuk memupuk perpaduan. DBP jangan gunakan bahasa untuk menggalakkan perpecahan. — Sathan a/l Ramasamy
“Tuhan” dalam bahasa Malaysia sepatutnya boleh digunakan oleh semua masyarakat Malaysia. Usaha ini dapat memantapkan lagi bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan, bahasa yang adil untuk semua golongan masyarakat serta memberikan identiti sebagai bahasa yang unik di mata dunia. — Maheswaran Mariapan
Perkataan “tuhan” sebagai kata nama khas harus ditulis sebagai ”Tuhan” tanpa mengira agama. — Rishikeshan Darmalingam
Tuhan adalah kuasa tertinggi bagi semua agama dan perlu dihormati oleh setiap individu. Setiap kaum dan agama menggunakan gelaran “Tuhan” dengan cara anutan mereka. Jadi, DBP perlu menghormati setiap kaum di Malaysia dan perlu adil dalam hal ini. — Suguraman Rengasamy
Bukankah perkataan dan maksud “Tuhan” itu sendiri adalah Yang Maha Kuasa? Sepatutnya harus menggunakan huruf besar T bagi menunjukkan hormat terhadap maksud TUHAN itu sendiri. — Shereenliana a/p Akap
Kecelaruan yang berlaku di pihak DBP perlu dirungkai agar integrasi kaum dan agama dapat dikekalkan. — Richard Ignacy
DBP has no right to make such a claim. The pledge “Belief in God” (Kepercayaan Kepada Tuhan) has been the first principal of the Rukun Negara since 1970. DBP should be focusing on language development and enrichment. Not using such cheap methods to discriminate and belittle the belief of non-Muslims. When a text mentions “Tuhan” (God), no matter from which religion, it should be considered as proper noun. — Gananathn a/l Kulanthavelu
Penggunaan perkataan Tuhan (huruf besar) sepatutnya tidak eksklusif kepada orang Islam sahaja. — Amit Raj Seoni
Saya kecewa dengan pandangan yang cetek dan kurang matang oleh DBP. — Annadurai Subramaniam
Kita faham “Allah” adalah Tuhan orang Islam dan “Shiva” adalah Tuhan orang Hindu. Manakala “Tuhan” (huruf besar) adalah perkataan yang digunakan untuk memperkenalkan Maha Kuasa tanpa mengira agama. — Selvarajah Murugesan
DBP tidak patut menimbulkan sesuatu yang merunsingkan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. — Kalaiarasan Murugasu
“Kepercayaan kepada Tuhan” adalah prinsip pertama dalam Rukun Negara. Ia mengiktiraf konsep ketuhanan setiap agama yang dipraktikkan di negara ini. Takrifan semula “Tuhan” untuk Islam dan “tuhan” untuk Bukan Islam adalah suatu perbuatan melampau dan kurang ajar yang dipelopori kelompok pelampau di DBP. Diharap DBP jangan buat-buat bodoh dalam isu ini. — Vigneswaran Jones
This kind of differentiation in our national language clearly divides people. — Suvarna Krisnan
Nampaknya perpaduan yang dilaungkan hanya omongan kosong. Perkara seumpama ini hanya mencambahkan benih-benih kebencian dalam diri saya. Hebatnya DBP, layak memberi pengkelasan kepada Tuhan. Tuhan Gred A, Tuhan Gred B. Tak habis-habis agama Bukan Islam dieksploitasi dan dihina. Sesungguhnya, jelas menunjukkan DBP ketandusan nilai-nilai moral. — Puneetha a/p Panchalogam
Tolonglah DBP menghormati Perlembagaan Malaysia dan janganlah memainkan isu keagamaan. Bersatu kita kukuh, bercerai kita roboh. — Joseph Wong
Wahai DBP, hormatilah agama setiap kaum. — Malathi Sasidharan
Setiap agama mempunyai kepercayaan sendiri dan Tuhan adalah perkataan yang digunakan sebagai simbol agama masing-masing. Mengapa DBP mahu membezakan antara Tuhan dalam Islam dan Tuhan dalam ajaran Bukan Islam? Seolah-olah ada banyak Tuhan! — T. Karuppiah al Thangayeloo
Perkataan dan ejaan “Tuhan” harus diseragamkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan diskriminasi sesama manusia berdasarkan agama. Sesungguhnya Tuhan adalah satu walaupun cara penyembahan yang berbeza mengikut anutan agama. Apakah kuasa DBP untuk menilai kepercayaan penganut Bukan Islam? — Malar Vilie Punnan Palam
Perkataan “Allah” sudah diperuntukkan bagi Muslim, kenapa sekarang perkataan “Tuhan” juga mahu diambil alih oleh Muslim? Ini menunjukkan betapa teruknya pandangan DBP. Nasihat saya kepada pegawai DBP, tolonglah guna otak yang Tuhan kurniakan. Janganlah berperangai sebagai orang kurang siuman. — Nilaaveeni a/p Sundram
“Saya bantah pendirian DBP bahawa Tuhan hanya boleh digunakan bagi satu kaum (Muslim) padahal ia harus digunakan sebagai perkataan umum untuk seluruh rakyat Malaysia.” — Prabakaran Munisamy
“Tuhan adalah sama dan satu saja.” — S. Manimaran
“Pemikiran yang sempit. Orang yang beriman dan teguh dengan pendirian mengenai agamanya tidak perlu menindas agama-agama lain atau memperkecilkan kepercayaan orang orang lain atau membangkitkan sebarang isu mengenai Tuhan atau tuhan, Islam atau bukan Islam. Orang yang berbuat demikian adalah digelar pengecut dan fanatik!” — G. Jaya Nair
“Hormat agama and perasaan orang bukan Islam.” — Suresh Kumar al Subramaniam
“Perbuatan DBP adalah kurang sensitif dan boleh menjejaskan perpaduan rakyat majmuk di Malaysia.” — Meenaloshiny Kumarasamy
“Sebagai
seorang yang beragama, saya berdoa kepada satu-satunya Yang Maha Esa. Oleh itu
saya akan terus menggunakan huruf besar ‘T’. Tidak ada seorang pun boleh
menghalang saya kerana itu hak saya berdasarkan kepercayaan saya. DBP jangan
pandai-pandai memutuskan tentang penulisan ‘Tuhan’ untuk penganut agama lain.”
— Jayanthi Karuppan
“Istilah Tuhan boleh digunakan oleh semua golongan rakyat tanpa mengira agama atau kaum. Walapun kepercayaan dan agama berlainan, konsep Tuhan masih sama.” — Vijayakumari Palani Muthu
“Janganlah ada cubaan memecahbelahkan masyarakat dengan pandangan sempit tentang keagamaan dan ideologi politik. Kerohanian adalah milik semua, kemanusian sejagat.” — Johnny Bong
“Mesti guna huruf besar T mengikut kepercayaan agama masing-masing dan mengikut cara mereka menghormati Tuhan yang disembah. Seperti juga nama kita, nama khas perlu ditulis huruf besar. “T” huruf besar untuk Tuhan dalam semua agama, bukan eksklusif untuk agama tertentu sahaja. Janganlah berfikiran sempit dalam menangani isu ini. Kita semua bernaung di bawah matahari dan langit yang sama. Berkongsi udara dan hujan yang sama.” — Daina Sulimin
“Dewan Bahasa dan Pustaka bakal menjadi alat yang meruntuhkan perpaduan negara dan melanggar tatasusila negara sekiraanya keputusan ini tidak ditarik balik.” — Jayakumar Vejayon
“Masalah seperti ini (Tuhan/tuhan) boleh menimbulkan pelbagai konflik antara kaum dan boleh menyebabkan pembangunan negara terganggu. Semua kaum hendaklah bersatu padu dan mengamalkan nilai kesaksamaan. Membawa masalah seperti ini adalah perbuatan yang tidak wajar dan tidak masuk akal langsung.” — Gunaselan a/l B. Moganathas
“Agama Hindu bukan ‘hindu’, Kristian bukan ‘kristian’, Buddha bukan ‘buddha’, maka amatlah janggal untuk menulis Tuhan yang dirujuk dalam agama-agama tersebut sebagai tuhan dan bukannya Tuhan. Tindakan DBP tidak hormat sebaliknya memperlekeh dan memperkecil ajaran, anutan dan kepercayaan orang lain.” — Sidhambranathan Suppaiah
“Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipohon mematuhi prinsip Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.” — S. Kasthuri
“Tuhan merujuk kepada Maha Esa. Setiap penganut merujuk kepada Maha Esa sebagai Tuhan. Kenapa perlu dibezakan huruf kecil, huruf besar mengikut agama? Tindakan DBP akan membangkitkan isu agama dan kaum. Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan beragama. Oleh itu, tindakan DBP tidak menurut undang-undang.” — Premalatha a/p Arumugam
“Adalah tidak wajar bagi DBP untuk menentukan bagaimana kami (penganut agama Hindu, Buddhism, Kristian dan sebagainya) harus merujuk kepada Maha Kuasa. Cuba beri penjelasan bagaimana perkataan Hindu, Kristian dll bermula dengan huruf besar tetapi Yang Maha Kuasa dalam agama tersebut dimulakan dengan huruf kecil. DBP seharusnya memohon maaf dan membatalkan segera hasrat ini.” — Nantha Gopal
“Tolong hentikan perbuatan sedemikian. Kita 1Malaysia, jangan robohkan perpaduan.” — Ashwindan a/l Sandrasegaram
“Menurut semua agama, Tuhan adalah Satu. Tuhan dipandang mulia dan berkuasa tak kira kaum dan agama. Tidak ada Tuhan ang besar dan Tuhan yang kecil. Fikirlah sebagai manusia yang bertamadun tanpa merendah-rendahkan agama lain.” — Shamugam Jeyananda
“Ikut prinsip pertama Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan. Tidak perlu kucar-kacirkan prinsip dan pegangan agama mengikut kaum dengan membezakan Tuhan besar dan tuhan kecil.” — Selvaraj Grapragasem
“Sebagai badan urusan Bahasa kebangsaan, harap DBP tidak berpilih kasih dan berat sebelah, sebab Bahasa kebangsaan milik semua rakyat.” — Lam Yuen Yi
“Tolong jangan tukar huruf besar dan kecil. Sudah lama perkataan Tuhan (huruf besar) ada, sebelum saya dilahirkan.” — Leong Kar Yeong
“Jadi, apakah ertinya prinsip pertama Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan?” — Gunasekar Subramaniam
“Prinsip ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ bukan hanya kepada yang beragama Islam, malah untuk semua yang menganut kepercayaan masing-masing. Bahasa tidak boleh menentukan atau membezakan istilah Tuhan. Seolah-olah DBP mengatakan ada Tuhan yang mempunyai perbezaan darjat. Adakah nanti DBP akan cadangkan penggunaan D dalam Dato iaitu D huruf besar untuk yang tidak melakukan kesalahan dan d huruf kecil bagi Dato yang bersabit dengan salah laku?” — Jayakumaran Kovilpillay
“Tiada mana-mana agama yang berhak memperkecilkan agama lain. Hormatilah semua agama.” — Kogilawani
“DBP jangan memperkecil fahaman atau anutan kaum atau agama lain.” — Ganesan Murugian
“There is only one God in Hinduism. Refer to the Vedas if in doubt. Seekers choose which aspect they wish to focus on according to their own spiritual evolution. Christians and Buddhists too only have one God. Only ignorant people who live under coconut shells or in the well think they know the universe. They listen to morons and follow morons blindly. The blind leading the blind. They try to dictate other people’s religion. Sickening!” — Sathiavany a/p Madhavan
“Tuhan adalah sama bagi semua agama, cuma kepercayaan dan cara kita sembayang berbeza. DBP tolong jangan membawa isu-isu begini yang merosakkan keharmonian dalam negara ini.” — Vilendran Tanggaraju
“Tuhan untuk semua agama. DBP jangan kucar kacirkan keadaan.” — Ravichander a/l Munusamy
“DBP harus peka dan menghormati agama lain dalam negara ini. Apakah tindakan memperkecilkan agama lain akan membawa kemakmuran untuk negara? DBP tidak perlu memperkecilkan agama lain atau kaum lain untuk memartabatkan agama Islam. DBP harus memupuk perpaduan dan sikap kesederhanaan dalam isu agama untuk generasi akan datang. DBP juga sepatutnya sedar bahawa Tuhan bukan untuk agama tertentu sahaja.” — Chandra Kumar a/l Mariappan
“Semua agama mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, sebagaimana dengan agama Islam. Malaysia menyatukan semua agama, jadi DBP jangan timbulkan isu perkauman.” — Lai Mae Kwan
“God is one, God does not discriminate. iIt’s the fanatics who divide. DBP don't destroy this beautiful country.” — Thinakumar
“Bagaimana Allah besar untuk kamu, begitu juga Tuhan besar untuk kami.” — Thamarai Rina
“Suatu tindakan DBP yang membuang masa.” — Amaran Krishnan
“DBP please don't confuse the students and parents.” — Sugoomahran Krishnan
“Don't be morons. You don't own Tuhan. Tuhan is beyond religion and race. Please wake up, DBP. By doing these things its show that you people have T-Rex brain.” — Kumaraguru a/l Katheyresen
“Tuhan untuk semua orang dan semua agama di dunia ini.” — Santhi Murugayah
“Tuhan hanya satu. Kita milik Tuhan, bukan Tuhan milik kita.” — Nandagopalan
“DBP perlu berpandangan jauh dan luas untuk melahirkan generasi lebih matang tanpa agenda agama dan kaum.” — Nagalingam
“Using a capital T for Tuhan only for Islamic context and a small t for non-Muslims is an effort to seriously undermine other religions in this country. The founding fathers of this country united everyone with idea of freedom to practice any religion. However this move by DBP is a move that purposely creates divide between Muslims and non-Muslims.” — Naveen Supramaniam
“What nonsense is this, DBP? If islam says they respect all religion, this is definately a disrespect to other religion. Contending that Islam is superior and all other religion is inferior. There are loads of other actual issues the world has that needs attention. This is ridiculous!” — Harvin Kaur Mahli a/p Pajan Singh
Apa yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian kecil pandangan yang dikumpul sehingga pukul 6:30 petang, 21 April 2021. Lebih banyak pandangan diisi dalam borang dalam talian dan akan cuba dimasukkan di blog ini dari semasa ke semasa. Borang ditutup pada 30 April 2021, pukul 9:00 malam. Hanya borang yang disertakan nama sebenar, nombor telefon dan alamat e-mel dipertimbangkan. Terima kasih kepada setiap individu yang tampil bersuara dengan berani demi memperjuangkan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. [Rujuk — koleksi bahan berkaitan isu ini]