8 Nov 2024

Pandangan Pembaca Nari! Nari!

Berikut antara pandangan rakan-rakan yang telibat sama dalam menjayakan projek buku Nari! Nari! pada tahun 2015 (cetakan pertama).

“Bahan bacaan seperti ini pasti dapat menarik minat pelajar untuk membaca, selain meningkatkan kemahiran berbahasa.” – Abdul Muiez Mohammad Ruslee

“Cerita yang sangat hebat dan menarik. Sesuai untuk semua peringkat umur.” – Alex Brunei Saginau

“Sangat menarik. Saya rasa Nari! Nari! dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca kerana ilustrasi yang menarik dan bahasa yang digunakan mudah serta senang difahami.” – Anuradha Chelliah

“Ternyata Nari! Nari! mengajak kanak-kanak berinspirasi.” – Bintang Kartika

“Visual yang sangat cantik dan menarik perhatian, serta penceritaan yang bersahaja, sesuai untuk pembaca muda.” – Chitra Nagathisen

“Saya percaya Nari! Nari! akan turut menarik perhatian, meningkatkan semangat, serta memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.” – VK Ezhilarasi Velautham

“Bahan bacaan berlatarkan budaya pelbagai kaum dapat membantu pembaca muda lebih memahami budaya rakan berlainan etnik, seterusnya mengeratkan perpaduan.” – Hazama Harun

Buku Nari! Nari! sebuah karya yang bagus kerana kanak-kanak tidak terlepas peluang menghayati cerita rakyat India dalam versi Bahasa Malaysia.” – Navanitha Nairu

“Buku Nari! Nari! merupakan suatu inisiatif yang secara tidak langsung mampu memperkaya khazanah sastera kebangsaan.” – Puravin Monogaran

“Dengan penggunaan ayat yang mudah difahami dan penceritaan yang baik, saya larut dalam setiap watak dalam kisah-kisah ini.” – Rafi Harumin

“Buku Nari! Nari! sesuai untuk mencambah minat membaca karya bermutu sejak kecil.” – Rjmi Mohd Nor

“Pengarang membuka peluang kepada anak-anak muda untuk mempelajari nilai-nilai yang dapat memajukan hidup mereka.” – Sanmuga Thavamoorthy

“Membaca buku cerita Bahasa Malaysia seperti ini dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dan seterusnya meningkatkan kemahiran menulis.” – Sumati Muniandy

“Harapan saya adalah agar lebih banyak karya Bahasa Malaysia yang memaparkan budaya dan citra kaum India diterbitkan, khasnya kisah kanak-kanak.” – Thanusya Shanmuganathan

Nari! Nari! sebuah buku yang ceria dengan ilustrasi yang menarik.” –Yummiliyah Yaacob

Jika mahu memiliki senaskhah buku ini, sila semak stok [di sini].