10 Sept 2011

Kenapa Hazama Harun buat laporan polis?

“Penerbit terbitkan novel saya sebagai teks Komsas tanpa pengetahuan saya dan enggan bayar royalti yang sepatutnya saya terima. Penerbit terbukti langgar Akta Hak Cipta 1987. Kementerian Pelajaran Malaysia sudah meletakkan syarat bahawa penerbit wajib mendapatkan surat izin daripada penulis asal sebelum menerbitkan teks Komsas. Maka, saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penerbit mungkin mengemukakan dokumen palsu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (Kerajaan Malaysia), iaitu surat izin yang kononnya ditulis dan ditandatangani oleh saya selaku penulis asal karya berkenaan. Ini memang kes penipuan yang sangat berat.” – Hazama Harun, Kuala Lumpur.

Maklumat:



Novel Di Sini Bukan Duniaku karya Hazama Harun @ Aida Shahira diterbitkan oleh Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd pada 2006. Novel itu diterbitkan semula dengan judul Bukan Duniaku oleh Karya Hartamas Enterprise dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Melaka. Malangnya, penulis hanya diberi sedikit saguhati dan diminta menandatangani resit kononnya menerima bayaran hampir lima kali ganda. Penulis juga tidak diberikan salinan resit itu apabila diminta. [MAKLUMAT LANJUT]