Buku ini merupakan kumpulan 16 buah cerpen (cerita pendek) berbentuk fiksyen dan cereka (cerita rekaan). Kesemuanya dihasilkan oleh Uthaya Sankar SB dari tahun 2023 hingga awal 2025 sebagai sebahagian daripada bahan latihan bimbingan penulisan yang dikendalikan secara bersemuka dan dalam talian (online).
Kesemua
fiksyen ini ditulis dengan tujuan khusus, iaitu untuk menunjukkan bagaimana
sebuah cereka boleh, perlu, dan wajar menampilkan unsur-unsur […] berdasarkan
pengalaman Uthaya sebagai seorang penulis kreatif sejak awal dekad 1990-an.
Kini, fiksyen
berkenaan diterbitkan dalam bentuk buku dengan judul Sebelas Amanat Swamiji untuk dinikmati orang
ramai – penulis dan pembaca – yang meminati cereka bermutu.
Harap maklum
bahawa semua fiksyen ini tiada apa-apa kaitan – secara langsung atau tidak
langsung – dengan Melayu dan Islam.
Penggunaan
sebarang nama, tempat, atau peristiwa sebenar adalah bersumberkan laporan media
arus perdana; digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan dalam konteks karya
fiksyen.