11 Mar 2010

Biodata Devishi Prabha Sankari

Devishi Prabha Sankari (Devishi PS) lahir pada 4 Mac 2002. Ibunya Prabhawathy Govindarajoo dan ayahnya Uthaya Sankar SB.
..
Sepanjang tahun 2006, Devishi tinggal bersama neneknya Muniamah, datuknya Govindarajoo (mendiang) dan ibu saudaranya Malliga (mendiang) di Kamunting, Perak sebelum memulakan pendidikan prasekolah di Tadika CEC, USJ9, Subang Jaya (2007-2008) dan seterusnya melangkah ke alam sekolah rendah di SK Taman Sri Muda (2), Shah Alam (2009-2014). Beliau kini belajar di SMK Taman Sri Muda, Shah Alam.
..
Sejak bayi, Devishi sentiasa menyertai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan di seluruh negara. Beliau juga “cucu” kesayangan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang merupakan Penasihat Agung Kavyan.
..
Devishi turut mengambil bahagian dalam acara Baca Puisi Rindu Ibu di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 1 Ogos 2008 sempena Pesta Buku Selangor dan Baca Puisi Sasterawan Negara di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2009 sempena Festival Kuala Lumpur.
..
Kemudian, Devishi terlibat dalam sketsa sempena majlis pelancaran Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia oleh Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar pada 12 Julai 2009 di Auditorium PNM, Kuala Lumpur.
..
Seterusnya, Devishi mula mengasah bakat sebagai pengacara majlis bagi Baca Puisi Dr Lim Swee Tin di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 31 Oktober 2009 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dan Bengkel Penulisan Cereka UPSR di SJKT Ladang North Hummock, Shah Alam pada 13 Mac 2010. Beliau turut mengambil bahagian dalam Baca Cerpen Kavyan (3 November 2012) dan Baca Cerpen Siru Kambam (23 Mac 2013).

Klip video (7 November 2013) bacaan petikan cerpen "Sebuah Cerita Biasa" oleh Devishi - KLIK DI SINI.
..
Hobi Devishi adalah menyanyi, membaca, menulis dan melukis. Tulisan tangannya digunakan pada judul buku Kisah dari Siru Kambam (2013). Kanak-kanak ini juga menjadi Editor Bersekutu bagi novel Hanuman: Suara Hati (2013). Devishi adalah Ahli Remaja dalam Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah).