8 Mar 2010

Prabhawathy Govindarajoo

Prabhawathy Govindarajoo mendapat pendidikan di Sekolah Menengah (P) Treacher Methodist, Taiping; Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping; dan B. Ed. TESL (Hons) di University of Exeter, England.
..
Beliau mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar (Julai 1996 – Mei 2000), Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa, Klang (Jun 2000 – Disember 2001) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam (Januari 2002 – kini).
..
Prabhawathy adalah guru pakar subjek Bahasa Inggeris (1119/1 & 1119/2) dan Pendidikan Moral SPM.
.
Dalam bidang penulisan, cerpen “Meenatchi” karya beliau disiarkan dalam Dewan Masyarakat (April 2002), antologi Vanakam (2002) dan majalah Nila (1 Disember 2002). Sajak "Tugu yang Kian Condong" tersiar di akhbar Metro Ahad, 20 Julai 2003. Sebuah lagi cerpen berjudul "Pusaran Rindu" mendapat tempat dalam majalah Dewan Siswa. Makalah-makalah tulisannya turut tersiar di majalah Dewan Bahasa dan Dewan Budaya...
..

Biodata penuh para Sasterawan Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian peringkat sarjana sastera (MA).