15 Oct 2010

Pertemuan Bekas Pelajar SMDR

CONTOH BERITA RINGKAS
.

TAIPING - Pertemuan bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR), Taiping, Perak dijadualkan akan berlangsung pada 7 November depan, jam 9 pagi, di sini.

.

Ahli Jawatankuasa penyelaras, Azura Kasim berkata, pertemuan yang dipanggil Sarapan di Taiping itu diadakan sebagai usaha mempertemukan semula seramai mungkin bekas pelajar dan guru sekolah berkenaan untuk mengeratkan kembali silaturahim.

.

“Sekolah ini ditubuhkan pada 1965 dan kini kami berusaha mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar SMDR bagi tujuan pertemuan semula ini,” katanya.

.

Kebanyakan bekas pelajar SMDR dipercayai kini menetap atau bekerja di Perak, Pulau Pinang, Johor dan sekitar Lembah Klang.

.

Menurut Azura, beberapa bekas guru SMDR akan juga diraikan semasa Sarapan di Taiping sebagai menghargai sumbangan ikhlas mereka mendidik anak-anak bangsa sehingga berjaya.

.

Semua bekas pelajar SMDR diminta menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut berkaitan pertemuan ini. [KLIK DI SINI]

.

CONTOH INFO SEKOLAH

.

Sekolah Menengah Rendah Laki-laki Taiping ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan 8 kelas, 371 pelajar dan 15 guru. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah St George, Taiping. Pengetua pertama bagi sekolah ini ialah Encik Lee Swee Keng.

.

Pada 1 Februari 1978, nama sekolah ditukar secara rasmi daripada Sekolah Menengah Rendah Laki-laki Taiping kepada Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR), Taiping.

.

Pelajar SMDR mula mengambil Peperiksaan LCE pada tahun 1968 dan MCE pada tahun 1970. Calon MCE hanya daripada aliran Sastera. Hanya pada tahun 1983, sekolah ini mula mengeluarkan pelajar lepasan SPM aliran Sains.

.

Pada tahun 1985, SMDR secara rasmi menjadi sekolah campur apabila kumpulan pertama pelajar perempuan masuk Tingkatan Satu dan pada 1988, SMDR ditingkatkan ke sekolah Gred A.

.

SMDR menggunakan harimau kumbang (panther) sebagai lambang dan majalah sekolah ini dinamakan “Sedar”.

.

LIRIK LAGU SEKOLAH

.

Berilmu Berbakti

Itu cogan kata
Berjasa Berbudi
Itulah amalan kita
.

Usaha Berdikari

Tabah dan setia
Berbakti Berbudi
Untuk bangsa dan negara
.

Tetap berjaya berjasa

Bersopan dan berbudi
Biarlah maju dipuja
Berilmu dan berbakti
.

Maju dan berjasa

Tetap berkekalan
Disanjung dipuja
Sekolah Darul Ridwan

..

(Disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak pada 14 Oktober 2010)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!