Venoo Kuppusamy (Dr VK) dilahirkan pada 4 Mei
1984 di Taiping, Perak. Anak kelahiran Perak ini memulakan zaman sekolahnya di
Sekolah Rendah Kebangsaan St. George, Taiping (1991-1996) sebelum melangkah ke
Sekolah Menengah Kebangsaan St. George, Taiping (1997-2001). Keputusan cemerlang
dalam UPSR (4A), PMR (7A) dan SPM (9A1) membuatkan Venoo berjaya memperoleh
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Moscow
Medical Academy, Rusia dalam bidang Perubatan.
Pada
umur 24 tahun, Venoo memulakan tugas sebagai seorang doktor di Jabatan
Perubatan, Hospital Taiping. Kerjayanya sebagai doktor hanya buat tempoh masa
yang pendek apabila beliau membuat keputusan untuk beralih ke bidang penyelidikan.
Venoo kini bertugas sebagai Penyelaras Penyelidikan di Clinical Research Center, Hospital Taiping.
Venoo
merupakan anak ke-4 kepada pasangan Kuppusamy dan Victoria. Beliau mempunyai 3
abang dan seorang adik perempuan. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang
dibelenggu kemiskinan, Kuppusamy telah memastikan kesemua anak mendapat peluang
pendidikan yang sewajarmya. Sokongan daripada ibu bapa membuatkan Venoo
sentiasa cuba mengejar impiannya.
Selain
tugas harian, minat Venoo terletak di dunia imaginasi. Membaca novel, menonton
filem dam menulis merupakan minat utamanya. Pendedahan awal kepada pelbagai
jenis filem dan novel membuatkan Venoo mula menulis bagi meneroka dunia
imaginasinya sendiri. Manakala, memasak, menonton sukan dan berjoging menjadi
cara bagi merehatkan mindanya.
Novel
sulung beliau berjudul Akan Ku Jejaki (2015). Ia ditulis
dalam masa 45 hari dengan judul asal Di
Ambang Penemuan dan menang hadiah kedua dalam pertandingan Top Novelis Mutiara Minda (2014) anjuran MPH.
Biodata lebih ramai penulis kaum India – SILA KLIK DI SINI