Ramakrishnan Ramasamy membesar di Klang,
Selangor. Beliau mula berjinak dengan bidang penulisan sewaktu berada di
sekolah menengah. Pada tahun 1997, beliau terpilih menyertai program Minggu
Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sajak-sajak
Ramakrishnan tersiar di akhbar Berita
Harian, majalah Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Karya, surat berita Kavya,
serta antologi Harapan di Joyrampur
(1997) dan Sebuah Hati di Cheng Du
(1999). Pada tahun 2018, beliau muncul dengan kumpulan sajak persendirian
berjudul Kurnia. Ramakrishnan
menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018) anjuran DBP dan Kavyan. Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana
Bahasa (2019).
– [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum
India dan Sastera Kebangsaan]