Richard Ignacy
dilahirkan di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan seorang pendidik yang
memperoleh ijazah sarjana muda pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai
Bahasa Pertama) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Richard pernah berkhidmat
di SMK Pandan Mewah, Ampang sebelum berpindah ke kampung halaman dan kini
berkhidmat di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. Beliau mempunyai minat dan
kesungguhan dalam penulisan karya-karya sastera, terutama sajak dan cerpen.
Sajak beliau tersiar di majalah Tunas
Cipta (Mei 2017). Karya beliau
juga termuat dalam antologi Busana
Bahasa (2019) dan Peluru Aksara (2020).
– [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum
India dan Sastera Kebangsaan]