16 Jun 2019

Biodata — Thanusya Shanmuganathan

Thanusya Shanmuganathan merupakan graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016) menggunakan nama pena Meera Natasya. Selain itu, cerpen beliau termuat dalam antologi seperti Komplot Menulis (2015), Sedegup Cinta (2015), Legasi Bonda (2019), Rahsia Kabin Biru (2019), dan Detektif Ramadan (2019). Thanusya aktif dalam program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Beliau juga terlibat sebagai penyunting bersekutu dalam projek penerbitan buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Karupaya (2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018). Thanusya menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018), Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) dan Sesi Penulisan Intensif III (Jun 2019). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]